Penyanyi senior, Datin Nora Ariffin lega selepas kebanyakan akaun media sosial yang dibuat bertujuan untuk memfitnah dan memburukkan reputasinya telah pun ditutup.

Menurut Nora, ada juga di kalangan mereka yang membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan.

Banyak Akaun Medsos Fitnah & Mengeji Telah Ditutup, Nora Ariffin Dedah Terima Permohonan Maaf Dari…

“Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Banyak dah fake-fake account yang dibuat untuk mengata, memaki, memfitnah dan mengeji saya sudah ditutup.

“Ada juga yang memohon maaf sebab depa buat kerana disuruh untuk menjatuhkan saya,” tulisnya menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram stories.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Samudera ini memaklumkan dia telah pun terlebih dahulu memaafkan perbuatan mereka itu.

Ads

Banyak Akaun Medsos Fitnah & Mengeji Telah Ditutup, Nora Ariffin Dedah Terima Permohonan Maaf Dari… Banyak Akaun Medsos Fitnah & Mengeji Telah Ditutup, Nora Ariffin Dedah Terima Permohonan Maaf Dari…

Katanya lagi, dia juga menyerahkan segalanya kepada Allah SWT untuk membalas setiap perbuatan mereka ini.

“Don’t worry adik, saya maafkan semua orang. Allah SWT memang maha mengetahui. Moga semuanya baik-baik belaka,” kongsinya lagi.

Terdahulu, selepas ketiadaan suami serta anaknya, Nora dikhabarkan sering kali menerima kecaman gara-gara dikatakan sukar untuk menerima ketentuan takdir mengenai pemergian orang-orang yang amat disayanginya itu.

Ads

Banyak Akaun Medsos Fitnah & Mengeji Telah Ditutup, Nora Ariffin Dedah Terima Permohonan Maaf Dari… Banyak Akaun Medsos Fitnah & Mengeji Telah Ditutup, Nora Ariffin Dedah Terima Permohonan Maaf Dari…

Malah, sewaktu mendirikan rumah tangga kedua, Nora juga dihimpit kontroversi selepas beberapa kali dilemparkan dengan dakwaan tidak sahih.

Sekadar informasi, Nora mengesahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga kedua bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, tahun lalu.

Ads

Banyak Akaun Medsos Fitnah & Mengeji Telah Ditutup, Nora Ariffin Dedah Terima Permohonan Maaf Dari…

Sebelum ini, Nora berkahwin dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI