Pelakon jelita, Nur Fazura ada memuat naik sekeping foto dirinya yang mengenakan hijab di akaun Instagram.
Sambil mengakui dia kini semakin jarang berkongsi perkembangan terkini l di laman media sosial, pelakon Pisau Cukur ini turut mendedahkan dia banyak mengisi masa di rumah selain mempunyai komitmen di pejabat.
“Assalamualaikum. Hi darlings!
“Seminggu dah Faz tak post rasanya hehe tapi lately memang dah semakin jarang sekali faz post gambar.
“Amacam puasa so far, ok tak? Faz banyak di rumah dan office saja sepanjang ramadhan ni.
“Di doakan semoga semuanya sihat dan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan semoga amal ibadah kita diterima serta diberkati Allah SWT..
“InsyaAllah mudah-mudahan.. Amin Stay safe darlings. #captionpanjang #rindusemua #sayangsemua,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji mengambil pemuang untuk memuji penampilan ibu kepada seorang cahaya mata ini yang kelihatan ayu mengenakan tudung.
Sekadar informasi, Fazura mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017.
Selepas itu, Fazura selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.
Foto: Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Saya Pula Telah Disoal Dan Diperiksa Seluruh Badan. Kami Harus Turun Naik Kebajikan Masyarakat,” – DS Aliff Syukri
Tidak semua yang dipaparkan di Instagram menceritakan latar sebenar yang berlaku.
Menurut Datuk Seri Aliff Syukri sewaktu ditemui pada majlis rumah terbukanya baru-baru ini, Instagram adalah ruang untuk dia berkongsi segala yang berlaku dalam kehidupan, namun hanya secara dasar saja.
Namun, ia sering kali disalah anggap netizen dan pasti berakhir dengan kecaman dan kritikan seperti kes dakwaan mendera Qadeeja dan pilih kasih terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menyumbang kepada punca keguguran kandungan kembar isteri, Datin Seri Shahida Mac lalu.
Mengimbau kembali detik keguguran, Aliff menyatakan antara punca disebabkan dakwaan penderaan anak-anak.
“Waktu kandungan dua bulan, doktor mengatakan ada dua kantung dan degupan jantung. Jadi doktor menyarankan agar isteri berehat dan waktu itu saya belum umumkan kepada semua.
“Dan selepas itu, sekitar jam 11.00 malam, pihak polis datang dan mengatakan mereka akan menyelongkar rumah. Anak-anak saya pula telah disoal dan diperiksa seluruh badan. Kami harus turun naik kebajikan masyarakat.
“Isteri saya keguguran kerana tekanan perasaan. Tapi saya tak salahkan sesiapa. Saya ingin memohon maaf kepada semua.
“Cuma tidak adil kerana saya tidak memukul anak sebaliknya hanya memberi ubat. Tapi orang membesarkan cerita kerana saya Aliff Syukri,” ulasnya yang turut berdoa agar dikurniakan anak perempuan selepas ini.
Menurut Shahida, dia hanya menyedari sesuatu berlaku terhadap kandungan sewaktu ingin menunaikan solat Asar.
“Mula-mula kami tidak tahu kandungan kembar, sekiranya tidak, saya akan duduk berehat sahaja di rumah. Saya sedar keguguran selepas dua jam dan sewaktu ingin menunaikan solat Asar. Waktu itu darah mengalir dengan banyak. Lagipun tidak pernah ada pengalaman gugur sebelum ini.
“Pada permulaan, kami tidak ke hospital kerana pada tanggapan saya buat apa bergegas ke hospital sebab kandungan pun sudah gugur. Namun pembantu nasihatkan saya untuk membuat pemeriksaan.
“Dan di sana baru kami tahu saya hamil anak kembar. Bila doktor membuat pemeriksaan, doktor mengatakan satu kantung masih berdenyut manakala yang satu lagi tiada denyutan dan itu yang menyebabkan pendarahan. Hari kedua kami buat imbasan, hanya satu sahaja kantung yang tinggal,” tambahnya lagi.
Walaupun mendapat layanan yang baik daripada pihak terbabit, namun tekanan melanda kerana terlalu banyak prosedur yang harus dijalani.
“Memang diakui saya tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi mengenai Qadeeja.
“Tidak dinafikan kami mendapat layanan baik daripada pihak polis dan doktor, namun disebabkan tidak biasa dengan apa yang berlaku telah menyebabkan tekanan. Syukur tiada pendakwaan,” katanya yang sedang hamil lima bulan.
Pasangan ini turut mengulas isu dakwaan berat sebelah terhadap anak angkatnya, Ameena sehingga menutup ruangan Instagram.
“Memang kami sudah lali dengan kecaman namun kadang kala orang luar agak melampau. Ada juga yang mendakwa kami menumpang populariti Ameena. Apa sahaja yang berlaku kepada Ameena, kami akan dikecam sedangkan layanan yang sama kami diberikan kepada Yusof.
“Dan sejujurnya saya tidak mahu mengambil Ameena kerana dia tiada status warganegara, namun ibunya terus merayu. Netizen pula serba tidak kena, berbuat baik pun dikecam. Saya takut lama kelamaan perasaan saya pula tidak ikhlas dan disebabkan itu saya menutup Instagram Ameena.
“Kami masih berhubung dengan ibu kandung Ameena kerana tidak mahu memutuskan hubungan silaturahim,” akhiri Aliff sambil ditemani isteri.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bekas Teman Lelaki Saya 12 Tahun Dulu Dan Kini Kami Kembali Bersama,” – Zarina Anjoulie Bercinta Lagi
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Mendedahkan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang sebaya dengan usianya dan sudah mengenali lelaki itu lebih lebih 10 tahun lalu.
Zarina atau mesra disapa Anju bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan mengenai identiti teman lelakinya itu kerana bimbang sekiranya hubungan cinta mereka terkandas di pertengahan jalan.
“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan identiti dia buat masa ini. Ini kerana andai hubungan kami tidak menjadi, nanti saya juga yang akan dapat malu.
“Tunggu sampai nak berkahwin nanti, saya akan maklumkan dan memberikan jemputan,” katanya ketika di ditemui pada majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Bangi, baru-baru ini.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, dia kini selesa bercinta dengan seseorang yang sudah dikenali berbanding orang baharu yang disifatkan hanya mahu menumpang popularitinya.
“Terus terang saya agak serik untuk berkenalan dengan lelaki baharu kerana anda dapat melihat sebelum ini, beberapa lelaki yang mendekati saya hanya ingin mengejar populariti.
“Jadi, disebabkan itu saya pilih untuk bersama dengan orang yang pernah saya kenali sebelum ini. Saya juga sudah penat untuk mengenali orang baharu dan memulakan semuanya dari awal.
“Lagi pun lelaki ini ialah bekas kekasih saya dulu. Usia kami sebaya dan hubungan tersebut putus sekitar 12 tahun sebelum kami bersama semula,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Zarina turut mengakui si dia banyak menasihati agar dia tidak terlalu lantang, terutamanya di media sosial.
“Kekasih saya minta kalau boleh jangan terlalu lantang. Dia selalu nasihatkan saya agar menjaga tingkah laku dan kata-kata.
“Dia bimbang sekiranya ada perbuatan atau kata-kata saya mungkin akan mengguriskan perasaan orang lain atau membuat mereka berkecil hati.
“Pelbagai lagi nasihat yang dia berikan kepada saya dan saya boleh bertolak ansur dengan lelaki sekiranya dia seorang yang baik.
“Jadi apabila kita ingin menghargai orang itu, bagi saya kita perlu saling menghormati. Jika dia ingin saya hormat dia, dia juga perlu hormat pada saya?,” katanya yang kini kembali aktif dalam dunia lakonan.
Sebelum ini, pelakon filem Don Dukun itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi bercerai pada Disember 2016.
Dalam perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lapan tahun.
Kemudian Zarina berkahwin dengan Eilyas Azhar pada 17 Julai 2020 di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada Februari 2021. Mereka kemudian rujuk semula, namun kembali bercerai kira-kira dua bulan kemudian.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Kembali aktif dalam lakonan, pelakon sensasi Zarina Anjoulie syukur atas rezeki dan menyifatkan tahun ini sebagai satu permulaan yang baik dalam meneruskan komitmen seninya secara lebih serius. Terbabit dalam satu projek drama bersiri dan filem baharunya akan ditayangkan tidak lama lagi, Zarina turut mengakui hatinya sudah dimiliki, menyulam cinta dengan si dia! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ Love Song – WM Beats
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Boleh Jual, Terpulang! Tapi Alif Satar Tetap Setia Pakai Baju Melayu Klasik; “Barulah Kemas & Handsome.”
Setiap tahun isu mengenai rekaan baju melayu yang di luar kotak pasti akan menjadi persoalan ramai.
Namun, bagi selebriti versatil Alif Satar, 33, dia tetap merasakan rekaan klasik baju melayu menjadi pilihannya dari dahulu hingga sekarang.
“Fesyen ini subjektif, sama macam seni.. tapi pendirian saya sendiri, baju melayu ada etika dia yang tersendiri sebab ia sebahagian daripada budaya kita.
“Untuk citarasa saya sendiri, saya rasa baju melayu ni kena (rekaan) klasik sahaja.
“Nak masuk istana pun kena pakai baju melayu, bersongkok dan bersampin. Kita nikah pun pakai baju melayu juga.
“Kalau mat saleh, mereka punya pakaian formal ialah sut, the formal version untuk kita di Malaysia ini adalah berbaju melayu dan ia bukan sahaja untuk orang Melayu sahajalah (termasuk kaum Cina dan India),” katanya kepada MH.
Alif ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu kolaborasi Al-Ikhsan bersama Iktikaf Alif (AL Sports x Iktikaf Alif) yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, tidak salah bagi seseorang pereka fesyen untuk melakukan improvisasi namun mereka harus mengekalkan identiti baju melayu yang sudah dikenali sejak zaman berzaman.
“Saya bukanlah orang yang arif tapi ia terpulang pada pereka untuk design dan sekiranya ada sambutan, boleh jual.. it’s up to them.
“Kalau nak ubah pun tak banyak cuma the material (jenis kain digunakan), rekaan tetap sama.
“Tapi saya sendiri suka rekaan yang klasik.. barulah kemas dan handsome,” ujarnya tertawa.
Tampil dengan rekaan menarik serta inovasi teknologi Pesak Ventech, baju melayu AL Sports x Iktikaf Alif ini didatangkan dengan dua variasi rekaan iaitu regular fit dan slim fit.
Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu yang boleh didapati pada harga RM169 sepasang.
Manakala bagi baju melayu kanak-kanak pula, ia hadir dalam versi rekaan regular fit dengan harga RM129 sepasang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI