Pelawak dan penyampai radio, Shuib memberi masa selama 24 jam buat individu yang memfitnahnya sebagai ahli organisasi rahsia, Freemason untuk tampil bersemuka.
Menurut Shuib, dakwaan individu terbabit tentang punca kematian isterinya yang juga merupakan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah sememangnya melampau dan tidak boleh diterima akal.
“Assalammualaikum, banyak hari saya sabar. Hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan mamat ni yang mana tulisannya terlalulah hebat dan berani.
“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku, Siti Sarah. Freemason? Apa yang kau tahu? Mari cakap depan-depan aku,” tulisnya.
Rasa berang itu dikongsikan sendiri oleh penyampai radio, Suria FM itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, sekiranya individu terbabit gagal untuk bertemu dengannya, pihak peguam difahamkan telah bersedia untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan.
Ads
“24 jam. Cari aku. Peguam tengah jalankan kerja. Tunggu, Assalamualaikum,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut selain turut berharap agar insiden seperti ini dapat memberikan pengajaran agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan perkara yang tidak benar.
“Sejenis manusia kaki fitnah daripada media sosial ni memang susah nak dibanteras. Melampau sangat. Tiada kerja lain. Fitnah orang je kerja dia.
“Saman je bro. Melampau sangat dah tu. Kurang ajar betul mamat tu.
Ads
“Kalau dah libatkan orang yang sudah tiada untuk buat fitnah, memang patut Shuib ambil peguam. Taksub dengan konspirasi sampai tiada pedoman. Jangan minta dia buat permohonan maaf. Biar peguam jalankan kerja.
“Cari keadilan dan bersihkan maruah. Tuntut hak daripada penabur dusta ini secepatnya.
“Tak perlu berlembut dengan netizen seperti ini sebab dia posting sesuatu tanpa pakai otak. Shuib saman je mamat ni,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ads
Terdahulu, individu terbabit mendakwa kematian Siti Sarah ada berkait rapat dengan agenda organisasi rahsia ‘Ahli F’ untuk mempromosikan vaksin buat ibu mengandung.
Malah, individu tersebut turut mempersoalkan gaya Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah yang bergambar sambil menutup satu mata dalam salah satu foto perkahwinan mereka.
Sekadar informasi, Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie dengan hanya sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Subang Jaya.
Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Lan Solo, Sheila Razlan berkongsi khabar duka selepas memaklumkan bapa mertuanya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.
Menurut Sheila, dia dan suami sebenarnya telah pun pulang ke kampung untuk berada disamping ayahnya yang difahamkan telah terlebih dahulu dikejarkan ke Hospital Taiping, Perak sejak tiga hari yang lalu.
“Finally..selesai sudah urusan dunia ayah mertua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga. Alfatihah buat MOHAMED YUSOF BIN ISA.
“Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.00 pagi tadi di Hospital Taiping,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh ibu kepada empat orang cahaya mata itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sheila turut menyeru kepada semu pihak untuk sama-sama menitipkan doa semoga segala urusan pengkebumian jenazah bapa mertuanya itu akan dipermudahkan.
“Sudilah kiranya kalian sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini, TERIMA KASIH banyak-banyak. Hanya kalian lah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.
“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengkebumian jenazah. InsyaAllah,mohon semuanya diberi kelancaran,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah. Semoga Almarhum diampuni dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Salam takziah buat kalian sekeluarga. Semoga tenang dan tabah. Didoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin ya mujib.
“Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga dipermudahkan segala urusan Lan sekeluarga,” antara reaksi-reaksi netizen dan rakan artis di ruangan komen.
Sebelum ini, ibu kepada Lan dikhabarkan turut telah dimasukan ke hospital disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan.
Malah, Lan turut memaklumkan anak bongsunya itu juga telah dibawa berjumpa dengan pihak doktor selepas dia difahamkan mengalami demam panas sejak dua hari yang lalu.
Sumber: Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suatu ketika dahulu, beberapa selebriti tanah air pernah memberi kejutan dalam industri hiburan apabila mengumumkan berhijrah ke arqah lebih baik, mengenakan busana patuh syariah, berhijab dan berniqab.
Ini merupakan satu perkembangan positif apabila figura-figura kesayangan ramai ini memilih untuk menjadi role-model kepada para peminat untuk lebih mendalami islam. Antara selebriti yang memilih untuk berniqab adalah, Waheeda, Fynn Jamal, Ina Naim, Diana Amir dan Neelofa.
Malah, penghijrahan selebriti tanah air ini telah membuka mata ramai tentang kepentingan menjaga dan menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga dengan penghijrahan selebriti jelita, Diana Amir sejak dua tahun lalu benar-benar memberi inspirasi kepada semua.
Team MH berpeluang bertemu mata dan menemu bual beliau sewaktu sesi rakaman No Turning Back bersama Hijabista, Diana sempat menjawab beberapa persoalan yang diutarakan.
Berniqab Untuk Diri Sendiri, Demi Dapat Redha Allah
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah. Itu sahaja sebenarnya,” ujar pelakon Strawberi Cinta ini.
Bagaimana Diana Gapai Istiqamah?
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.
Untuk rekod, setelah hampir 10 tahun berhijab, pelakon dan pengacara Diana Amir akhirnya mengambil keputusan memakai niqab sejak dua tahun lalu.
Terkesan dengan kisah para sahabat yang sudah dijanjikan syurga namun tetap berusaha memenuhi segala tuntutan Allah membuatkan dirinya sedar bahawa dia juga perlu berusaha.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...