Setelah sekian lama tidak membuat kemunculan di acara-acara berprestij, selebriti terkenal, Sharifah Shahirah akui teruja selepas dipilih menjadi salah seorang pengacara di program Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 (TADS2023).
Menurut Shahirah, kali terakhir dia muncul di program anugerah terbitan TV3 adalah lebih sedekad yang lalu.
“Kali terakhir saya menjadi pengacara untuk program TV3 adalah ketika Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sekitar tahun 2010. Jadi, bila mereka beri tawaran ini, saya terus terima.
“Sebelum ini, banyak juga tawaran daripada stesen televisyen gergasi tetapi bila mereka bermenyuarat semula, nama saya selalu ditolak. Alhamdulillah, mereka agaknya sudah terbuka hati untuk memanggil saya semula.
“Saya pun tak tahu apa puncanya. Mungkin kerana saya bekerja di sebuah stesen radio swasta yang lain,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media TADS 2023 baru-baru ini.
Bakal bergandingan dengan dua pupunya yang juga merupakan pengacara terkenal, Sherry Alhadad, Shahirah mendedahkan dirinya tidak berdepan masalah untuk mencari keserasian.
“Sebelum ini, kami pernah bekerjasama untuk sebuah program di RTM. Namun, program tersebut tak sebesar anugerah ini. Kami sudah mengenali antara satu sama lain dan rasanya tiada masalah untuk mencari keserasian.
“Sebenarnya, bergandingan dengan sesiapa pun, saya tak kisah. Ketika mengacara, saya akan melayan sahaja apa yang dilakukan oleh gandingan saya. Namun, saya tetap menjadi diri sendiri.
“Kalau orang tanya mengenai kelainan, saya pun tahu nak menjawab. Saya tak pandai nak merancang kejutan. Sejak mengacarakan ABPBH, saya tak pernah rancang apapun.
“Bila program bermula, saya akan follow the flow sahaja. Kalau penyanyi, mereka ada rehearsal. Saya pula akan lebih bercerita atau bertanyakan soalan. Saya juga dah banyak tertinggal mengenai drama-drama di Malaysia ini,” ulasnya lagi.
Ditanya mengenai namanya yang masih lagi relavan sehingga hari ini, isteri kepada pelakon, Ijoy Azhari itu menzahirkan rasa syukur kerana khidmatnya masih lagi diperlukan.
“Bercakap soal relavan, ia bukan sesatu yang pelik. Sehingga kini, nama-nama artis seperti Fauziah Nawi, Norlia Ghani dan Raja Azura pun masih relavan. Mereka ini idola saya.
“Saya masih lagi mendapat banyak jemputan untuk mengacarakan program anjuran syarikat-syarikat dan kilang-kilang. Cuma ia bukan program glamour atau berprestij,” akhirinya.
Terdahulu, TADS 2023 bakal berlangsung pada 12 Mac depan di
Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI