Sedang hamil 5 bulan ketika mengerjakan ibadah haji ketika ini, Datin Seri Shahida sedar ramai yang bimbang akan keadaannya saat berada di Tanah Suci.

Namun jelasnya, dia masih punya kekuatan untuk menunaikan ibadah dan tawaf mengelilingi kaabah.

Kongsi usahawan ini lagi, dia terpaksa menyewa skuter berharga kira-kira RM55.00 untuk mengerjakan saie dari Sara ke Marwah.

Banyak juga yg tanya larat ke saya tgh pregnant jalan kaki lama2. Alhamdulillah jika tawaf saya masih boleh berjalan kaki mengelilingi kaabah…cuma ketika saie Dari safa ke Marwah saya naik skuter ni.

IKLAN

“Bawa sendiri, satu orang 50 Riyal. Kat Masjidil Haram ni mcm2 kemudahan ada bagi mereka yg kurang berkemampuan,” maklum Shahida.

Pada masa sama, isteri Aliff Syukri ini huga memaklumkan dia dan rombongan lain akan menuju ke Arafah, esok.

Insya Allah esok kami akan berangkat ke Arafah. InsyaAllah doa2 sahabat/followers saya panjatkan di sana ketika masuk waktu wukuf.

IKLAN

“InsyaAllah doa di sana makbul kerana pintu langit terbuka.

“Sebanyak-banyak malaikat turun ke bumi sehingga sebatang jarum x boleh jatuh ke bumi kata ustaz saya. Begitulah hebat nya hari Arafah,” tulisnya.

IKLAN

Semoga urusan umat Islam mengerjakan ibadah haji dipermudahkan.

Foto : Instagram DS Shahida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI