Suami Kongsi Video Emma Maembong ‘Berjuang’ Bersalin Shariq Gabriel, Momen Tak Ternilai; “Banyak Kali Repeat Video Ni Pun Menangis…”

Share

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang lalu, suami kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Muhammad Shazli Azhar ada memuat naik sebuah video sebagai suatu dedikasi bagi menghargai pengorbanan isteri tersayang.

Video yang mendapat tontonan hampir setengah juta kali itu antara lain memaparkan detik Emma bersalinkan anak pertama mereka, Shariq Gabriel.

Dapat dilihat bagaimana si ibu berjuang ketika melahirkan permata hati yang kini mencecah usia 6 bulan itu.

“Happy first mothers day to u my love,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen bersama ribuan komen yang diberikan rakan selebriti dan peminat.

Terdahulu, Emma dan suaminya melangsungkan pernikahan pada 20 Februari 2020.

 

Foto: Instagram Shazli Azhar

Published by
MH