Pelakon, Rita Rudaini ada memberi kata nasihat buat pengikutnya di laman media sosial Instagram.
Pelakon berusia 44 tahun ini berkongsi perihal amal ibadat solat yang diwajibkan kepada semua umat Islam.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyarankan kepada semua agar tidak meninggalkan solat meski sering melakukan dosa.
Selain itu, Rita berpendapat ibadat solat merupakan satu kunci untuk kebahagiaan serta ketenangan hidup.
“SALAM JUMAAT Solat adalah kunci kebahgiaan, ketenangan, dan bukti kesyukuran. Apapun terjadi, banyak mana pun dosa kita, jangan tinggalkan solat,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat bersetuju dengan perkongsian Rita tersebut.
Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.
Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nora Ariffin Kongsi Rasa, Betapa Beruntungnya Orang Yang Masih Punya Insan Tersayang
Penyanyi senior, Nora Ariffin telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Nora Ariffin atau nama sebenar Wan Nora Afiza Ariffin telah berkongsi pendapat dan nasihat bersama peminat.
Kongsi penyanyi yang sinonim menerusi lagu Dipersimpangan Dilema itu, dia ada menasihati netizen untuk menyayangi dan menghargai ahli keluarga.
“Beruntungnya org yg masih punya ayah sbg tempat bermanja. Masih punya ibu tempat mengadu dan menjadi gudang pahala.
“Serta masih punya suami atau isteri tempat berkasih sayang. Juga yg masih punya anak sebagai teman penghibur hati.
“Kerana masih ramai orang2 diluar sana yg telah kehilangan orang2 tersayang atau pun langsung tidak ada tempat utk menumpang teduh.
“Bersyukurlah….Allah maha mengetahui. #adadalamtiadabynora,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on
Diharapkan perkongsian Nora ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada semua.
Foto : Instagram Nora Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Utamakan Kesihatan Pekerja, Vivy Yusof Ambil Keputusan Tutup Pejabat
Usahawan, Vivy Yusof menerusi laman Instagram memaklumkan syarikat miliknya telah memulakan polisi bekerja dari rumah untuk tempoh dua minggu ke hadapan sebagai reaksi kepada penularan wabak COVID-19.
Jelasnya lagi, walaupun ia bukan keputusan yang mudah kerana banyak aktiviti yang telah dirancang, namun soal kesihatan dan keselamatan tidak harus dipandang enteng.
Malah tambahnya lagi, jangan melakukan pembelian panik. Hanya beli keperluan asas sahaja supaya individu lain turut punya peluang untuk membeli.
“Today we announced a work from home policy for the next 2 weeks.
“Was not a simple decision because we have to adjust all of the activities that have been planned but above all, the health and safety of our teams cannot be measured.
“Instead of seeing the team happy about this, a lot were concerned and expressed how much they’ll miss the face to face interaction and the office culture. I honestly felt kind of sad too.
“It’s so ironic that social distancing is making us care for each other even more – I’ve never felt more love for my team than today.
“As we care for ourselves (usual wash hands, no handshakes, sanitise etc) please please please check in with your parents/grandparents/elderly neighbours and offer help so they can limit outings.
“Also when buying grocery, please do not panic buy. Just buy what is necessary so that others have the opportunity to feed their own families too. Also WASH YOUR HANDS. @fashionvaletcom #covid19,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on
Tindakan pemilik Fashion Valet itu mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata bersetuju dengan usaha yang dilakukan.
Foto : Instagram Vivy Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah Comelnya!,” – Baru Berusia 1 Bulan, Ainan Tasneem Kongsi Foto Anak Kembar Sepasang
Penyanyi Ainan Tasneem atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan baru-baru ini ada mendedahkan wajah anak kembar sepasangnya yang dilahirkan 20 Disember lalu.
Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini turut berkongsikan nama anak kedua dan ketiganya, iaitu Faqeh Nael dan Faeqa Naela beserta dengan maknanya sekali.
Terdahulu menerusi hantaran dalam bentuk video di Instagram itu, kelihatan dua bayi itu sedang lena dalam tidur.
“Assalamualaikum semua! Alhamdulillah kami dah sebulan lahir kat dunia ni.
“Ummi kata ramai yg DM minta ummi share pengalaman bersalinkan kami haritu. Tunggu ya, nanti ummi akan share kat semua.
“Btw everyday Faqeh & Faeqa akan lepak dekat swing Nuna Leaf ni. Yg amazingnya this swing can hold up to 60kg tau! Even org dewasa pon boleh lepak kat situ,” tulisnya memberikan kredit.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan bayi yang baru dilahirkan itu selain ada yang turut berkongsikan pengalaman bersalin anak kembar.
Terdahulu Ainan yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia lebih dua tahun.
Foto: Instagram Ainan Tasneem
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI