“Banyak Mana Pun Dosa Kita, Jangan Tinggalkan Solat,” – Rita Rudaini

Share

Pelakon, Rita Rudaini ada memberi kata nasihat buat pengikutnya di laman media sosial Instagram.

Pelakon berusia 44 tahun ini berkongsi perihal amal ibadat solat yang diwajibkan kepada semua umat Islam.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini menyarankan kepada semua agar tidak meninggalkan solat meski sering melakukan dosa.

Selain itu, Rita berpendapat ibadat solat merupakan satu kunci untuk kebahagiaan serta ketenangan hidup.

“SALAM JUMAAT Solat adalah kunci kebahgiaan, ketenangan, dan bukti kesyukuran. Apapun terjadi, banyak mana pun dosa kita, jangan tinggalkan solat,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat bersetuju dengan perkongsian Rita tersebut.

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abd Razak pada tahun 2008, namun berpisah sekitar September 2013.

Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin, 10 tahun dan Airit Qaqa Arjuna, 8 tahun.

Foto: Instagram Rita Rudaini

Published by
Nazar Rafiqhi