Pertandingan yang sudah wujud lebih 31 tahun sejak 1990 ini sudah banyak melahirkan anak seni berbakat di Malaysia. Nama seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin, Kamal Adli, Azhar Sulaiman dan Norman Hakim antara bakat yang dicungkil dari pertandingan ini.
Seiring dengan perubahan zaman dan kepesatan sosial media, kini pertandingan pencarian bakat bukanlah satu-satunya cara untuk menonjolkan diri. Menjadi popular di sosial media seolah-olah satu platform mudah untuk dikenali.
Sehingga ada yang menyatakan bahawa pertandingan seperti ini sudah tidak relevan. Menjawab isu ini, Media Hiburan sempat bertemu dengan Datuk Rosyam Nor ketika penggambaran episod separuh akhir pertandingan itu.
Ads
“Sebenarnya kalau orang yang meminati dunia seni itu sendiri dan menjadi pelakon khasnya, mereka nampak bahawa platform Hero remaja adalah platform terbaik. Begitu juga jika kita lihat Dewi Remaja.
Daripada majalah remaja itu sendiri, banyak melahirkan bintang-bintang di Malaysia. Dan saya rasa platform ini harus dikekalkan kerana inilah salah satu cara mereka mengekspresi apa yang mereka ada untuk menceburi bidang hiburan,” jawabnya ringkas.
Top 4 Hero Remaja 2021. Dari Kiri, Aqil Taqee, Fazziq Muqris, Mierul Aiman & Afiq Hamidon.
EMPAT FINALIS SAHAJA
Ads
Tahun ini menyaksikan hanya empat orang finalis sahaja yang berada di pentas akhir, berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana pentas akhir menampilkan lima orang finalis.
Jawabnya, “Empat orang yang kami pilih merupakan orang yang kita rasakan layak untuk perform di atas pentas secara langsung. Kita mengambil kira prestasi mereka daripada minggu pertama sampai sekarang. Empat nama ini dipilih dan kita merasakan mereka layak untuk perform.”
Ads
Menekankan kelainan yang akan bakal ada pada malam finale, pemilik rumah produksi Suhan Movies ini menyambung lagi, “Bukan yang lain tu tak boleh, tetapi kita tahu finale secara langsung bukan satu kerja yang mudah. Saya harap mereka dapat buat yang terbaik untuk menunjukkan kepada orang-orang di luar sana bahawa pemilihan juri dan produksi adalah tepat dan akan melahirkan bintang-bintang yang hebat bukan hanya mereka yang berada di pentas final, tetapi mereka yang sudah terkeluar awal juga sudah layak menjadi bintang di Malaysia.”
Kaka Azraff, Stacy & Aman Ra akan turut memeriahkan pentas Finale Hero remaja.
Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirai pertandingan malam ini. Episod terakhir rancangan realiti tersebut bakal disiarkan pada jam 9 malam di saluran Astro Ria. Malam finale ini akan dihoskan oleh juara Dewi Remaja 2019 dan Juara Hero Remaja 2020, Shaza Bae dan Nadhir Nasar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Walau hanya sekadar bilik persalinan dan selalu dipandang enteng, namun berbeza buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bilik untuk merehatkan badan dan menukar pakaian dihias dengan cukup mewah dengan adunan rona tanah dan sentuhan keemasan.
Jelas Tok Ti, bukan hanya biliknya sahaja, namun artis terlibat turut dapat menikmati keindahan dekorasi elegan ini.
“Penat berlatih dan membuat persembahan, bila masuk ke bilik persalinan, semua kepenatan hilang melihatkan dekorasi yang cantik ini. Seperti biasa @lenteracreativehome telah menghias bilik persalinan saya, artis-artis lain dan juga Mak Ngah di Istana Budaya. Terima kasih @lenteracreativehome dan terbaiklah,” tulisnya.
Siti bakal menggegarkan Istana Budaya menerusi Konsert Karya Agung Pak Ngah, Datuk Suhaimi Mohd Zin bersama Orkestra Tradisional Malaysia pada 14 dan 15 November ini.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berita sedih mengenai bapa kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi telah mendapat perhatian rakan selebriti.
Pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin misalnya telah memuat naik sekeping gambar Aliff bersama bapanya menerusi akaun Instagram miliknya.
Turut bersimpati, Zarina telah meluahkan rasa sedih dan mengimbau kembali kenangan dahulu bersama bapanya.
“Baru beberapa hari lepas saya lihat di ig nya @aliffsyukriterlajaklarisgambar beliau mengucup tangan abahnya ..”
“Tiba2 semalam dapat berita abahnya sudah tiada sudah pergi mengadap pangilan ilahi..Al-fatihah ,salam takziah buat dato seri sekeluarga atas kehilangan insan tersayang, semuga roh aruah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalngan orang orang yang beriman dan beramal soleh ,saya yakin aruah seorang yang baik menjadi kebangaan keluarga.
“Kisah dato mengingatkan saya pada ayah saya..saya juga terpisah dengan ayah dari kecil ..ayah kawin lain mak saya pun kawin lain…
“Bila dalam keadaan keluarga berpisah saya cuma mampu berdoa agar dipermudahkan hubungan keluarga kami.
“Sedih..sedih nya sebab takde kasih sayang ayah mak masa saya perlu…saya tumpang kasih sayang atuk nenek saya.
“Perjalanan cerita masing2 mungkin berbeza..tapi kesimpulan hakikatnya sejauh mana pun kita berjalan kasih keluarga melambai pulang..mungkin hubungan suami isteri itu terpisah..berhenti hingga disitu tapi hubungan dengan anak tidak akan berakhir selamanya” tulisnya panjang lebar.
Di samping itu, rata-rata peminat dan rakan selebriti memuji kecomelan wajah bayi Amyra.
Sekadar informasi, Amyra telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Amar Baharin pada 11 November 2016 dan dikurniakan satu cahaya mata, Aqeef Anaqi berusia 2 tahun.
Foto : Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Tony Eusoff berkongsi pengalaman dirinya pernah ditegur seorang individu yang menyangka dia tidak berpuasa hanya kerana dilihat makan di siang hari.