“Banyak Nak Dibetulkan Dalam Diri Yang Hina Ini,” – Jadi Kumpulan Pertama Bawa Jemaah Tunai Umrah, Ashraf Muslim Rasa Syukur

Share

Pelakon, Ashraf Muslim mengakui berasa teruja selepas memaklumkan bakal berlepas ke Makkah, sekali gus menjadi kumpulan pertama dari Malaysia yang akan membawa jemaah menunaikan umrah dalam norma baharu.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ashraf menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Ashraf turut membuat permohonan maaf seandainya dia ada menyikiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

“Assalamulaikum, first of all, saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya, rakan-rakan media sosial dan seluruh mereka yang mengenali saya.

“Alhamdulillah, hari ini saya telah dijemput menjadi dhuyuf al rahman untuk ke tanah suci Allah swt. Dimana menjadi team pertama dari Malaysia yang membawa jemaah umrah dengan mengikuti SOP yang baru,” tulisnya.

Jelas pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini lagi, dia sememangnya bersyukur kerana menjadi antara insan terpilih untuk menjejakkan kaki di tanah suci.

“Allahuakbar, besar betul kuasa Allah. tiada kata yang boleh terucap dengan Allah selain TERIMA KASIH ALLAH and I LOVE YOU ALLAH! Banyak nak dibetulkan dalam diri yang hina ini.

“Semoga Allah ampunkan kita semua dan dengar segala rintihan dan kabulkan segala permintaan kita. InsyaAllah,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut memanjatkan doa semoga keluarganya sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan yang baik sewaktu ketiadaannya nanti.

“Ya Allah, rasa mcm tak percaya.. ya Allah.. Engkau jagalah, lindungilah keluargaku, sahabat-sahabatku dan mereka yg ku sayang serta harta bendaku ya Allah.

“Permudahkan urusan keluargaku sewaktu ketiadaanku bersama mereka. InsyaAllah, insyaAllah,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira malah mereka juga mendoakan semoga perjalanan Ashraf dan jemaah-jemaah yang lain akan dipermudahkan

“Alhamdulillah, semoga kita semua dijemput ke sana.

“Bestnya, semoga dipermudahkan segala urusan bang.

“Moga dipermudahkan. Doakan saya sekeluarga dapat pergi le tanah suci Makkah bersama-sama ibu bapa, suami dan anak-anak.

“Alhamdulillah, seronoknya. Semoga dipermudahkan.

Terdahulu, memetik laporan Buletin Utama, Malaysia menjadinegara pertama di Asia Tenggara membuka sempadan untuk rakyat ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah Umrah.

Dianggarkan lebih 200,000 jemaah Malaysia dijangka mengerjakan ibadah. umrah bagi musim 1443 Hijrah.

Sumber: Instagram Ashraf Muslim & Buletin Tv3

Published by
Aizam Manaf