“Banyak Orang Tanya…,” – Shila Amzah Kongsi Tips Kurus, Rupanya Ini Yang Dilakukan Tuan Badan!

Share

Penyanyi Shila Amzah berkongsi tips untuk mendapatkan bentuk badan ideal selepas melahirkan anak sulung, Seth Uwais yang kini berusia lapan bulan.

Menurutnya, dia mengamalkan senaman setiap hari selain menjaga kuantiti makanan yang diambil.

Malah, dia sempat berseloroh turut bersenam sambil mendukung si kecil.

“Banyak orang Tanya sha punya tips kurus kan? Tu la tips dia. Workout sambil jaga anak.

“Tapi tulah, realitinya, sha workout almost everyday. Buat lah workout video kat YouTube tu for 30 minutes, makan jaga portion.

“Apa2 pun ambil dalam kadar sederhana,” kongsinya.

Tambahnya lagi, pemakanan seperti nasi dikurangkan dan memperbanyakkan minum air masak.

“Sha tak diet makan, cuma tak makan nasi Sgt.

“Dan yang paling penting, minum air masak banyak2 ya! Jangan stress, setiap badan kita semua lain2.

“Jangan compare siapa cepat siapa lambat. Tukar cara hidup, benda ni bukan tips diet.

“Kita kena buat dia jadi Norma baharu kita. It’s a lifestyle change,” tulisnya.

Untuk rekod, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 19 April 2018.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais, pada 31 Ogos yang lalu.

Foto: Instagram Shila Amzah

Published by
Amynur Akmal