Penyanyi dan penulis lagu Osem Han, melancarkan lagu terbaharu berjudul Masih Bisakah sebagai respon erhadap peningkatan isu perceraian dan ketegangan dalam hubungan rumah tangga yang sering menjadi perhatian ramai kebelakangan ini.
Menurut Osem, karya ini tercipta sebagai refleksi terhadap realiti kehidupan rumah tangga yang tidak selalunya indah.
Apatah lagi dengan wujudnya media sosial yang memberi ruang kepada lebih banyak masalah peribadi untuk dibincangkan secara terbuka.
“Terlalu banyak isu perceraian sekarang ini. Mungkin dulu kita jarang mendengar tentang masalah rumah tangga secara terbuka tetapi dengan media sosial, isu ini semakin meluas dan mendapat perhatian ramai.
“Itulah sebabnya saya menghasilkan lagu ini, untuk memberi pengajaran dan membuka mata tentang apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan berpasangan,” katanya.
Osem menambah, karya ini turut mengangkat tema besar tentang penerimaan dan keikhlasan dalam sesebuah hubungan.
Ia berkisar tentang bagaimana pasangan berhadapan dengan kesalahan dan ketidaksempurnaan masing-masing dan ia bukan sekadar tentang cinta, tetapi lebih kepada soal kemampuan pasangan untuk menerima kesilapan dan bertahan dalam hubungan yang diuji.
“Lagu ini ibaratnya seperti bertanya kepada diri kita, bolehkah kita menerima kesalahan pasangan kita?
“Bolehkan kita terus bersama walaupun sudah banyak perkara yang berlaku? Dalam setiap perhubungan, ada masa kita merasa teruji dan bertanya, masih bisakah kita teruskan?,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Osem berkata lagu ini sangat dekat dengan pengalamannya sendiri.
“Mungkin ada kaitannya dengan kehidupan saya dan isteri saya. Saya ingin memberi peringatan bahawa dalam perkahwinan, tidak semuanya sempurna. Ada fasa-fasa indah, tetapi ada juga cabaran besar yang perlu dihadapi bersama.
“Lagu ini sengaja saya biarkan ‘tergantung’ tanpa penyelesaian yang jelas, menggambarkan bahawa jawapan sebenar bagi setiap pasangan ada dalam diri mereka sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Osem mengakui dalam mencipta lagu ini, dia berusaha untuk tidak menjadikan Masih Bisakah sebuah lagu yang terlalu klise atau romantik.
Ads
Sebaliknya, dia mahu ia lebih kepada sentuhan realistik yang mencerminkan kehidupan sebenar.
“Saya cuba elakkan lagu ini daripada menjadi terlalu ‘lovey-dovey’. Ini adalah tentang realiti hidup.
“Saya mahu pendengar rasa seolah-olah mereka sedang bercakap tentang kehidupan mereka sendiri,” tambahnya.
Proses penghasilan lagu ini juga mencabar memandangkan ia dirakamkan di tiga lokasi berbeza iaitu Singapura, Jakarta, dan Bali, bagi mendapatkan pengalaman muzik yang pelbagai.
Osem pada masa sama berharap agar Masih Bisakah dapat memberikan pengajaran kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam hubungan rumah tangga.
Ads
“Lagu ini mengingatkan bahawa dalam perkahwinan, cabaran dan ujian adalah sebahagian daripada kehidupan.
“Jangan terlalu mudah berputus asa bila menghadapi masalah. Perhubungan memerlukan usaha bersama untuk terus berkembang.
“Masih Bisakah bukan sahaja sebuah lagu, tetapi sebuah seruan kepada semua pasangan untuk berfikir panjang tentang keputusan mereka dalam hubungan,” katanya lagi.
Dengan realisme dan keikhlasan yang disuntik dalam lirik dan muziknya, Osem berharap lagu ini dapat memberi inspirasi dan pengajaran buat mereka yang berdepan dengan ujian dalam perhubungan.
Masih Bisakah kini sudah boleh didengar di semua platform muzik digital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
https://youtu.be/V0L4QllwGKk?si=c6Om6iFcLyghQpB-
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Jasmine Suraya Chin ada berkongsi cerita bersama netizen menerusi satu rakaman video yang dikongsi di laman Facebook ML Studios.
Kongsi pelakon drama bersiri Adellea Sofea ini, dia pernah gemuk dan mengalami masalah berat badan, sekitar pada tahun 2009 lalu.
Bukan itu sahaja, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan dirinya juga pernah mengalami masalah kulit berjerawat ketika melanjutkan pengajian di luar negara di Afrika.
“Saya agak gemuk selama tiga bulan masa tu saya belajar di Afrika dan pada satu malam tu laptop saya kena curi.
“Saya tak boleh nak buat apa dan laptop itu milik rakan saya. Selepas kejadian itu saya tak ada aktiviti untuk dibuat jadi saya memasak.
“Afrika adalah negara pertama yang saya pergi belajar di luar negara dan saya bebas untuk membeli makanan saya sendiri.
“Sebab ibu saya seorang yang mengamalkan makanan sihat jadi dia tak akan benarkan saya makan benda yang dia rasa tak sihat jadi saya ada kebebasan oleh itu saya makan betul-betul.
“Kadang-kadan saya makan nasi goreng 2 pinggan, saya akan beli mee 2 pinggan sampai berat badan saya pernah 62kg,” kongsi Jasmine jujur.
Ikuti temu bual lengkap bersamanya di sini;
Mak ai power gila rambut dia dulu.https://mlstudios.my
Pelakon Aedy Ashraf kini bergelar usahawan apabila memulakan perniagaan kentang goreng terkenal iatu FamFries di Podium Penchala, beroperasi sejak beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut mengenai pembukaan perniagaan yang berasaskan francais itu, Aedy mengakui dia menjalankan perniagaan tersebut kerana menyukai kentang tersebut selain mahu cabar diri.
“Pada hujung tahun 2017, saya makan kentang goreng tersebut selepas selesai penggambaran. Malah ketika itupun, rakan yang memperkenalkan kentang itu baru dua tiga bulan beroperasi.
“Selepas makan, saya sangat sukakannya, rasanya sedap gila babi! Kemudian saya cakap padanya, tak boleh nak makan seorang, kena besarkan peniagaan ini dan bagi orang lain rasainya juga.
“Jadi saya ambil inesiatif ini dan insyaAllah harap ramai yang suka,” katanya kepada MH selepas ditemui di pelancaran Aedy Ashraf’s Famous Fries (FamFries) di Podium Penchala malam tadi.
Pada masa sama, bintang 26 tahun itu turut menjelaskan dia sendiri sudah lama dalam industri dan cuba beralih arah dalam dunia bisnes.
“Kalau saya tidak cuba, saya pasti akan masih kekal dengan apa yang dibuat sekarang (berlakon). Saya pun sudah lama dalam indsutri dan mahu take a break, cuba buat sesuatu dan this is it.
“Kalau okay saya akan teruskan, kalau tak okay pun saya akan cuba buat yang terbaik,” kongsi Aedy yang sudah pun terlibat dalam industri seni sejak awal 2000.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya sinonim sebagai pasangan yang serasi dan up-to-date dengan gaya fesyen tersendiri.
Menariknya, kedua-dua pasangan itu akan digandingkan bersama sebagai hos jemputan bagi program MeleTOP yang bersiaran langsung jam 9malam ini.
“Dah 8 tahun bersama, tonight is going to be our first time hosting together.. Kalau banter masalah rumahtangga tu biasalah sampai kekadang lari keluar rumah pun ada.. Tp jap lg kalau ada salah bual, panas tak nak lari keluar set pulak,” tulis Awal.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa bangga dan syukurnya terhadap pencapaian anak sulung, Ayden Adrean dalam peperiksaan tahun satu, baru-baru ini.
Bella atau nama...