Pelakon versatil, Rita Rudaini ada memberi dedikasi buat anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini.
Memuat naik foto sambutan hari jadi yang diraikan secara sederhana tetapi meriah, Rita menerusi ruangan kapsyen ada mengenang momen sebelum bersalinkan anak pertamanya itu.
“Buah hati pertama, sentimental value. Bila dia lahir, smua org hepi mcm sambut menang peperangan. Mommy, daddy,maktok, tokwan, paklong, paksu n famili, kak wanie, aunty sis, smua tggu dia lahir.
“Dah dlm labour room tiba2 teringin nk mkn cheese cake n coffee cbtl, daddy nya turun beli. Makan mmg xingt dunia mcm lupa nk beranak.
Ads
“Tengahari dia nak kluar tp xbole sbb mommy xpandai..1st time kann…dah terbelit tali pusat ,doc kena forceps..tp xle jugak.
“Last skali vacum la…kluar je ‘eh? Nape sebijik daddy ni. Okaylah xkisah, anak kami jugak,” tulisnya.
Rita pada masa sama turut mendedahkan sikap anaknya yang dahulunya pendiam ketika kecil, tetapi kian mulai memahami akan situasi yang dialaminya.
Ads
“Alhamdulillah, masa kecik susah nk senyum, pendiam tp fokus dgn apa yg dia buat. Anak yg byk tgk susah senang mommy, airmata mommy.
“Anak yang byk belajar dr kesusahan mommy..ank yg byk faham perasaan mommy…ank yg membesar dgn seribu satu kisah kami.
“Tak sangka…ank ini ‘dipilih’ utk jd ketua keluarga kami. AIRIT RAYYAN RIZQIN, moga akhlak mu seindah syurga. Besar nnti protect mommy dgn adik ye.
Ads
“Jangan main2 ek,sy ada 2 ank lelaki yg strong dr kecik lagi, hehehe,” seloroh Rita.
Serentak dengan hantaran tersebut di Instagram, para peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan selamat hari jadi buat Rayyan dan mendoakan kesejahteraan anak sulungnya itu.
Meski usia semakin meningkat dan dikurniakan lapan orang anak, isteri kepada Dai Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin berpuas hati dengan berat badan ideal.
Difahamkan, beratnya kini mencecah 48 kilogram.
Kongsi wanita ini lagi, meski memiliki lapan orang cahaya mata, namun saiz badannya kekal seadanya.
“Hasil cuci usus sebenarnya ramai pesakit2 sy dh try alhamdulillah. Ni rahsia sy maintain 48kg dr dulu sampai lani.
“Anak 8 pun maintain tak naik, tak turun. Makan banyak pun tak apa. Bila usus bersih, peneyrapan vitamins dan minerals yg kita makan akan mudah diserap oleh sel2 utk menjaga kesihatan dan meningkatkan kadar metabolisme kita.
“Saya minum setahun sekali je time 3 hari lepas bersalin, if anak menyusu badan pun xde masalah anak tak akan sakit perut or apa2,” maklumnya.
Memanjatkan rasa syukur, Dr. Airen juga memaklumkan proses berkenaan berupaya mengurangkan berat badan.
“Alhamdulillah, 8 orang anak selamat. Produk ni utk bersiahkan usus ya bukan kurus dalam masa 30 minit.
“Ia boleh kurangkan berat badan 3kg dalam masa 30 min sebab dia buang semua kotoran degil dlm usus.
“So lepas keluar semua tu, Masyallah best gila badan jd ringan and fresh. Tak ada masa or malas bersenam,” tulisnya.
Terdahulu, Airen dan Farhan telah bernikah di Tanah Suci Mekah.
Farhan sebelum ini pernah berkahwin dengan Fatin Nurul Ain Mat Aris dan mereka bercerai dengan talak satu kemudiannya.
Satu posting terkini dari maestro muzik, Datuk Ramli MS nyata mengundang perhatian peminat.
Menerusi Instagram, suami kepada penyanyi, Datin Alyah itu memuat naik satu video pendek berkenaan stail rambut terkininya.
Jelas Ramli, dia terpaksa potong sendiri rambutnya kepada kedai gunting tutup sebagai penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua minggu lalu.
“Bila kedai mamak gunting rambut pun tutup.buat sndri la..pastu salah potong..aahhhhhh telungkupkan semua la..hahahahaa..sebelah tingi sebelah rendah..kira art la,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lalu, ramai yang meninggalkan komen, termasuk rakan selebriti menerusi video yang kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali itu.
Foto: Instagram Ramli Ms
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...