“Banyak Yang Terlebih Cerdik Bila Bab Komen, Macam Dia Duduk Sekali,” – Ada ‘Sound’ Konon Tak Ajar Anak Berpuasa, Padu Jawapan Zarina Zainuddin

Share

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin mengakui berasa sedikit terkilan dengan sikap segelintir pihak yang mengecamnya gara-gara didakwa tidak mengajar anak kembarnya, Azal dan Azil untuk berpuasa.

Jelas Zarina, orang luar tidak akan faham bagaimana rasanya untuk berada di posisinya lebih-lebih lagi dalam membesarkan dua anak autisme.

Katanya lagi, Azil misalnya dilihat masih belum mampu untuk berpuasa penuh seperti anak-anaknya yang lain meski pun telah diajar beberapa kali sebelum ini.

“Semalam ada dapat komen dalam ig kenapa tak ajar anak berpuasa? Susah nak explain kalau orang takde kat tempat kita.

“Anak saya empat orang yang tiga orang tu berpuasa penuh, dua orang autism azal mild autism azil memang saya tak dapat mak ajar sebab dia tak faham.

“Azil saya jaga seperti biasa rutin hariannya tetap sama bila saya di rumah saya akan sispkan breakfast dia dan lain-lain. Saya share rutin harian azil disini. Kalau tak suka jangan tengok ig saya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama 30 Pesanan Suara itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Malah, Zarina turut dilihat ada berkongsi rutin harian anaknya itu ketika bulan Ramadan ini.

Zarina turut menambah, sesiapa sahaja yang kurang selesa dengan video-video yang dikongsikannya, mereka dialu-alukan untuk tidak mengikutinya lagi di mana-mana platform media sosial.

“Dalam tv pun penuh iklan makanan rancangan masakan. Kalau rasa itu pun mengugat keimanan encik so tak payah tengok tv yea banyak yang terlebih cerdik bila bab komen komen tentang anak saya macam dia yang duduk sekali dengan saya.

“Nak marah bulan puasa. Kurang pahala puasa. Jadi, saya block saja kalau komen tu buat saya sakit jiwa,” ujarnya lagi.

Menjengan di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut meminta Zarina supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif itu lagi.

“Azil ni auto SYURGA tak perlu nurtizen persoalkan kenapa mengapa dan sebagainya,” komen seorang individu.

“Hanya orang yang ada anak autism je memahami. Takpe Kak, akak ada dua kunci nak masuk syurga. Saya ada satu,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Abaikan jer. Memang ada yang pakar bab komen-komen ini. Jari lebih laju daripada akal,” balas seorang lagi pengguna Instagram.

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Published by
Aizam Manaf