Tular di media sosial apabila ‘photo meme’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mahu membuat liputan dengan menemubual Tun Mahathir atau Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merungkai persoalan yang berlegar mengenai politik negara kini. 

“Rakyat Malaysia perlukan saya jumpa Mahathir atau Anwar untuk buat live? Moga kerisauan anda terungkai,”kongsinya di laman Facebook.

“Banyaknya Cita-Cita Awak, Berniaga Sudahlah,” – DSV Respon Foto Aliff Syukri Mahu Interview Tun M Atau Anwar Secara ‘Live’
Lantas, perkara itu telah mendapat respon dari Datuk Seri Vida (DSV) berkenaan foto tersebut. 

Adoiii Datuk Seri Aliff Syukri, banyak kau punya hal. Nak jadi wartawan CNN. Macam mana cara nak buat live dan interview Tun M dan DS Anwar.

IKLAN

“Banyaknya cita-cita awak,berniaga sudahlah. Teringat zaman sekolah dulu cikgu tanya “cita-cita nak jadi apa?”

Aliff, apa yang awak cari dalam diri awak lagi ya? Semua dah ada, duit banyak, perniagaan stabil, apa lagi awak nak ?,” kata DSV dengan merakam video di IGTV miliknya. 

IKLAN


Terdahulu, ada yang menyifatkan Aliff disifatkan sebagai ‘wartawan nombor satu’ apabila tindakannya menemubual balu kepada arwah Abam sebelum ini.

IKLAN

Malah, tindakannya itu juga turut menerima reaksi pelbagai netizen lalu mencetuskan isu terkait.

Aliff turut melakukan sidang media bagi memohon maaf baru-baru ini, seterusnya mahu menjernihkan situasi yang berlaku berkaitan isu kunjungannya ke kediaman balu arwah Abam, tempoh hari.

Video : Instagram Datuk Seri Vida

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI