Categories: Berita

“Banyaknya Pilihan, Suka Tengok Perempuan Pakai Tutup Aurat,” – Tapi Ustaz Instafamous ini Kata Jangan Muntah Sebab…

Share

Dikenali apabila pernah dikaitkan dengan pelakon jelita Fasha Sandha tidak lama dulu, Mukhlis Rosdi ada berkongsi kisah percintaan bersama isteri selepas selesai majlis persandingan.

Ulasnya, sewaktu membuat video mengaji, ramai golongan wanita yang ‘follow’ akaun sosialnya dan mengakui terlalu ramai pilihan untuk dijadikan teman istimewa.

Sambungan… Lepas beberapa bulan bekerja dengan @capriceofficial , buat live mengaji, buat video mengaji, buat kelas mengaji itu ini, sy ni orang lelaki kan, iman selalu diuji ? pantang tengok orang perempuan follow kita, terus buka profile dia nak tengok macam mana pergi dia hahaha. 

“Lagi2 time tu memang ramai la permpuan follow kan ? Banyaknyaa pilihan kita hahaha poyo tak? Ok kalau rasa nak muntah sila muntah sekarang ? Tapi hakikatnya macam tu lah. Just nak share dengan korang je ? Kita ni suka la tengok benda2 yang indah kann. Semua orang suka tengok benda cantik sebab itu kan fitrah. Taksalah pun.

Sudah menjadi fitrah lelaki sukakan sesuatu yang indah, namun dia berdoa agar ditemukan jodoh yang baik dan menutup aurat.

Then bila lama2 tu cuba2 perbetulkan diri sikit2 hari demi hari utk dapat isteri yang baik, sebab orang cakap kalau nak jodoh yang baik, kita ni sendiri kena baik. In sha Allah akan dikurniakan orang yang baik. Maka misi mencari yang baik diteruskan dengan scroll2 perempuan2 baik.

Actually sy ni jenis suka tengok perempuan pakai pakaian tutup aurat habis. Pakai handsocks, pakai stokin, tudung tutup dada, baju labuh tutup punggung. Sejuk mata kalau tengok. Semua lelaki macam tu rasanya. Suka tengok benda baik. 

Tapi benda jahat pun suka tengok jugak kan? Lelaki lah katakan. Bila lama2 pasang niat macam tu, tiba2 one day tu papppp noti terkeluar dekat phone ni “@nazreenazurahijb started following you”. First tu takde la excited sangat sebab biasa la kan keluar noti orang follow kita. 

Tapi macam tergerak hati nak buka & tengok sape la budak ni ? First impression buka ig @nazreenazurahijab , blur sikit rasa kepala ni. Sebab dia punya ig tu macam igshop dengan bio dia tulis “tudungbulatstylo”. So sy ni pikir la ni ig personal ke igshop. Pening kita dibuatnya.”

Ulasnya, penampilan isteri ketika itu yang menutup aurat mengikut syariat Islam membuatkannya terbuka hati untuk mengenali dengan lebih rapat.

Tapi hati ni kuat sangat tertanya2 dia ni ig betul ke ig fake. Kalau ig betul, rasa macam nak sangat kenal dengan dia sebab dia selalu pakai jubah, selalu pakai tudung labuh, selalu pakai baju yang tutup lengan, selalu pakai stokin & pose2 dia tu agak ayu laa. Tapi sesuai la dengan nama dia orang panggil ayu kan ? So time tu just pikir kalau boleh kenal dia memang rasanya boleh pergi lebih jauh…. *bersambung

,” tulisnya.

Amboi sweet sangat ustaz. MH doakan semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga.

Foto – Instagram Mukhlis Rosdi

Published by
Noraini Abd Wahab