Al-Fatihah…Bapa Aizat, Telah Pergi Mengadap Ilahi, Jam 1.10 Pagi Tadi

Share

Penyanyi dan komposer, Aizat Amdan memaklumkan bapanya, Datuk Amdan Haji Mat Din, telah pergi mengadap ilahi jam 1.10 pagi (Rabu) tadi.

Aizat berkongsi berita sedih itu menerusi Insta Stories Instagram.

“Assalamualaikum, dukacitanya, ayah saya Amdan bin Hj Mat Din telah meninggal dunia jam 1.10 am tadi. Rabu 9hb 2019. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, media pernah melaporkan kesihatan arwah bapanya kian merosot sejak diserang angin ahmar.

MH mengucapkan takziah kepada Aizat seisi keluarga atas pemergiaan bapa tercinta.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, Al-Fatihah.

Foto: Instagram Aizat Amdan

Published by
MH