Uncategorized

Bapa Beego Meninggal Dunia

Share

Semalam kami menerima satu berita sedih di mana bapa kepada pelakon Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah telah meninggal dunia. 

Menurut satu sumber, bapa Beego iaitu, Khalib Abd Majid, 73, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10.30 pagi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru.

“Ayah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu akibat sakit kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong,” ujarnya kepada Mstar Online.

Beego memberitahu lagi, keadaan bapanya didapati stabil selepas itu namun secara tiba-tiba malam kelmarin tekanan darahnya rendah dan bapa Beego dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga pagi semalam dan bapanya disahkan meninggal akibat pelbagai komplikasi.

Jenazah telah dibawa pulang ke Johor Bahru dan dikebumikan di Masjid Bukit Antarabangsa, selepas Asar semalam.

Pelakon ini juga turut menyatakan rasa terkilannya kerana tidak dapat berada di sisi arwah bapa ketika menghembuskan nafas terakhir kerana dia terpaksa menguruskan majlis perkahwinan ahli keluarga yang lain di Johor Bahru.

“Saya di Johor sejak dua hari lalu kerana mewakilkan keluarga ke kenduri saudara kami. Malam tadi dapat berita ayah kritikal dan pagi ini pula meninggal dunia. Sebelum ini dia ada berpesan agar saya jaga isteri dan rumah tangga baik-baik dan jangan abaikan adik beradik lain,” ujarnya.

Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Sumber: Mstar Online