Pelakon Nabil Aqil meluahkan rasa terkejut dan terharu apabila mengetahui bapanya telah membina sebuah rumah kayu kampung bernilai lebih RM500,000 di Kuang, Sungai Buloh yang boleh digunakan untuk majlis persandingannya pada masa depan.

Sebagai seorang anak lelaki yang membesar di bandar, Nabil sememangnya mengimpikan majlis perkahwinan dalam suasana desa yang autentik.

“Saya tak sangka dia sanggup bina sebuah rumah kampung khas untuk majlis persandingan saya nanti.

“Memang saya ada cakap saya mempunyai impian untuk mengadakan majlis kenduri kahwin di kampung dan ini satu kejutan besar buat saya,” katanya.

Percaya pada Jodoh

Walaupun rumah impian untuk majlis persandingannya telah siap dibina, Nabil bagaimanapun mengakui dia masih belum bertemu dengan calon isteri yang sesuai.

Ads

“Memang saya berharap dapat mendirikan rumah tangga secepat mungkin, tetapi buat masa ini saya reda kerana belum bertemu dengan jodoh yang sesuai.

“Saya percaya Allah sudah aturkan yang terbaik untuk saya,” katanya yang tidak menafikan perkahwinan adalah satu komitmen besar sesama pasangan.

Bapa Bina Rumah Kayu Cecah RM500,000, Lokasi Majlis Sanding Nabil Aqil – “Memang Saya Harap Dapat Kahwin Secepat Mungkin, Tapi…” Bapa Bina Rumah Kayu Cecah RM500,000, Lokasi Majlis Sanding Nabil Aqil – “Memang Saya Harap Dapat Kahwin Secepat Mungkin, Tapi…” Bapa Bina Rumah Kayu Cecah RM500,000, Lokasi Majlis Sanding Nabil Aqil – “Memang Saya Harap Dapat Kahwin Secepat Mungkin, Tapi…” Bapa Bina Rumah Kayu Cecah RM500,000, Lokasi Majlis Sanding Nabil Aqil – “Memang Saya Harap Dapat Kahwin Secepat Mungkin, Tapi…”

Ads

Keunikan Rumah Kayu 1928

Sementara itu, bapa Nabil, Ahmad Zaidi Masri, menjelaskan rumah kayu yang dibina itu sebenarnya berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan telah dibina sejak tahun 1928.

Rumah itu dipindahkan ke lokasi baharu dengan teknik tanggam tanpa menggunakan sebarang paku, mengekalkan keaslian seni bina tradisional Melayu.

“Rumah ini adalah simbol keunikan seni bina tradisional yang masih relevan dalam memenuhi keperluan moden hari ini.

Ads

“Memandangkan Nabil belum ada calon, jadi rumah yang diberi nama Rumah Kayu 1928 ini sesuai digunakan oleh sesiapa untuk majlis eksklusif seperti perkahwinan, sambutan hari lahir, dan acara korporat.

“Malah kami juga boleh menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan, termasuk yang berminat untuk mengadakan rumah terbuka di kawasan ini,” katanya.

Malah Ahmad Zaidi menambah, penyanyi terkenal, turut menjadikan Rumah Kayu 1928 bagi tujuan penggambaran promosi konsertnya bertajuk Cipta Raya, baru-baru ini.

Dengan reka bentuk klasik dan suasana kampung yang damai, rumah ini juga dilihat sebagai salah satu usahanya memelihara warisan seni bina Melayu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI