Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaan pilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 39, lagi, bapanya yang berusia dalam lingkungan 60-an turut menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes, menyebabkan status kesihatannya dilaporkan kian merosot selepas disahkan positif wabak berkenaan.
“Bila dapat tahu… kondisinya teruk. Saya sebenarnya mampu berserah sahajalah. Apa yang tertulis, saya laluinya dengan reda. Kuasa tuhan sebenarnya.
“Harapan saya, semoga ada keajaiban tuhan, kalau bapa boleh sembuh seperti sedia kala, alhamdulillah,” katanya.
Azlan bagaimanapun sempat bertemu dengan bapa kandungnya itu sebelum ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sekitar bulan lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19.
“Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga,” katanya.
“Bapa dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lepas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejurus dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
“Saya harap keluarga saya kuat berdepan dugaan ini,” katanya.
Azlan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label muzik, Indigital Music Sdn Bhd di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.
Sementara itu katanya kepada MH, berkata ahli keluarganya yang lain bagaimana pun disahkan negatif Covid-19.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI