Menerusi perkongsian di laman Instagram penyanyi Haiza, dimaklumkan bapa kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi.
Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai sebab dan waktu kematian.
Menjengah ke Instagram Farahdhiya juga, tiada sebarang perkembangan terkini mengenai pemergian arwah ayahnya.
“Innalillahiwa inna ilaihirooji'un. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, AlFatihah,”
kongsinya.Al-Fatihah buat arwah bapa Farahdhiya. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Foto : Instagram Haiza