Bapa Maklum Sissy Iman Stabil, Syukur Pembedahan Berjalan Lancar

Share

Bapa kepada penyanyi Sissy Iman, Aliff Mohammad Kamil memaklumkan operasi pembedahan anaknya itu berjalan dengan lancar dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Aliff yang mesra disapa ayahanda, penyanyi Tak Gundah itu bagaimanapun tidak boleh memperincikan mengenai prosedur yang telah dijalankan.

“Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar, dia sedang berehat. Segalanya berlaku dengan cepat.

“Tak tahu nak cakap dan jawab macam mana sebab ramai yang bertanya. Sissy tak maklumkan apa-apa dengan kami.

“Nak kata pembedahan tak major, berjam (makan masa) juga tunggu di luar bilik pembedahan,” jelasnya.

Terdahulu Sissy menerusi akaun Instagram pada Jumaat memaklumkan dia kini berada di hospital dan terpaksa ditidurkan susulan prosedur kesihatan.

Sissy menerusi posting sama turut memohon maaf andai ada terlanjur kata dan perbuatan.

Aliff menerusi Insta Stories hari ini turut menghargai setiap doa yang diberikan semua dan Sissy juga ada berkongsi perkembangan terkininya.

ntuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH