Bapa Meninggal Di Indonesia & Hanya Lihat Detik Akhir Menerusi Video Call, Tangisan Isteri Haziq Hussni Runtun Jiwa Ramai

Share

Isteri kepada penyampai radio, Haziq Hussni, Ayunda Putri berkongsi khabar duka apa memaklumkan bapanya yang menetap di Indonesia telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat.

Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Ayunda menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Tambah memilukan apabila Ayunda hanya dikhabarkan hanya dapat melihat detik-detik akhir sebelum bapanya dikafankan menerusi panggilan video.

Menerusi entri berkenaan, Ayunda yang dilihat tidak dapat menahan sebak ditenangkan oleh Haziq yang berada di sampingnya.

Bagaimanapun, Ayunda mendedahkan dia reda dengan pemergian tersebut lebih-lebih lagi ketika di hari dan bulan yang baik ini.

“Jumat, 23-April-2021, 11 Ramadhan 1442H. Pergimu dibulan yang baik, hari yang baik, pergi dengan keadaan yang sihat tak sakit apa-apa.

“Pergi dengan keadaan senyum diwajah. Allah, berat sangat ujian ni. Papa, ayu ikhlas pa, ayu redho. Husnul Khatimah pa.

“Semoga Allah jauhkan Papa (Yudhi Yulfan Bin Abdurrahman Thaher) dari siksa kubur, api neraka, dilapangkan kuburnya, dimasukkan ke Syurga Allah tanpa hisab. Al-Fatihah,” tulisnya.

Di kesempatan itu juga, ibu kepada dua orang anak ini turut menitipkan doa semoga bapanya itu dijauhkan daripada siksaan kubur.

Video berdurasi hampir dua minit itu telah ditonton hampir 200,000 orang selain turut dihujani ribuan komen.

Rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga bapanya itu ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Instagram Ayunda Putri

Published by
MH