Penyanyi dan penulis lagu Indonesia, Kunto Aji tidak menolak album baharu yang sedang giat diusahakannya ketika ini merupakan luahan perasaan hibanyanya selepas pemergian bapa tercinta.
Menurut Kunto, sebagai seorang penulis, dia tak boleh membohongi dirinya sendiri.
“Sebenarnya banyak perkara yang sudah saya lalui sepanjang tahun 2022 terutamanya selepas pemergian bapa saya.
“Perasaan sedih itu pasti ada. Seorang penulis lagi tidak boleh menipu dirinya sendiri. Saya tak boleh kata keseluruhan rasa itu datang disebabkan pemergiannya tetapi rasa itu tetap ada.
“Saya percaya, sekiranya seseorang penulis itu bersifat jujur, kerjayanya pasti akan lebih berjaya. Saya seakan menelanjangkan diri sendiri sewaktu menulis lagu-lagu ini.
“Mungkin setiap patah perkataan itu diilhamkan daripada waktu-watu sukar saya dan pemergian bapa menjadi salah satu penyumbangnya,” katanya kepada MH.
Ads
Membawakan hampir keseluruhan lagu daripada album Mantra Mantra yang diterbitkan pada 2018 sewaktu menjayakan konsert jelajah di Kuala Lumpur, baru-baru ini , Kunto mendedahkan album ini ditulis sewaktu dia sedang menjalani sesi terapi akibat tekanan perasaan.
“Ini merupakan penulisan jujur saya. Sewaktu menuliskan album ini, saya sedang jalani rutin bersama pihak terapi.
“Album ini menceritakan mengenai proses dan monolog saya dengan diri sendiri. Rupanya-rupanya orang lain juga boleh merasai dengan apa yang saya lalui,” kongsinya lagi.
Ads
Ketika ditanya adakah dia berasa tertekan untuk menghasilkan album yang lebih baik selepas ini, penyanyi lagu Rehat ini memaklumkan dia sebolehnya tidak mahu terlalu membanding-bandingkan dengan karyanya yang terdahulu.
“Saya lebih gemar untuk memulakan semula sesebuah album Darul dah kosong. Kalau kita banding-bandingkan dengan album terdahulu, kita tidak akan dapat fokus pada yang sekarang.
Ads
“Sudah tentu hasilnya nanti akan goyah. Jadi, saya hanya mahu fokus kepada meterial terbaru tanpa terbawa-bawa dengan karya-karya lama,” akhirinya.
Pada persembahan kira-kira sejam 30 minit itu, Kunto menyanyikan lagu hitsnya seperti Rehat, Saudade, Konon Katanya, Akhir Bulan, Salam Pada Rindu, Pilu Membiru dan Terlalu Lama Sendiri.
Kunto muncul dengan album Generation Y pada 2015 dan Mantra Mantra (2018).
Anak seni kelahiran Yogyakarta juga itu tidak menolak sekiranya diberi sekali lagi peluang untuk kembali membuat persembahan di sini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nuha Bahrin tampil memberikan reaksinya selepas ditanya mengenai pelbagai pendapat yang diberikan ramai susulan penggunaan perkataan ‘denyut’ terhadap lirik lagu Casablanca yang turut menampilkan rakan duet, Naufal Azin.
Sebagai penyanyi, Nuha atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin, 21, ketika dihubungi berkata, dia tidak boleh memberikan ulasan secara terperinci.
Bagaimanapun dia terbuka terhadap setiap komen yang diberikan semua pihak.
“Bagi saya, masing-masing ada pandangan sendiri. Saya tak kisah sekiranya orang di luar sana berikan pendapat sama ada perkataan ‘denyut’ itu tidak tepat atau pun ada perkataan yang lebih sesuai.
“Pada saya dua-dua pun betul saja. Apa pun, terserahlah kepada pendengar, mana yang lebih sesuai atau sedap didengar bagi mereka. Saya tak boleh nak berikan komen lanjut mengenainya,” katanya kepada MH.
Terdahulu, penggunaan perkataan tersebut kecoh diperdebatkan di media sosial selepas seorang guru mengulas penggunaan perkataan denyut dan degup.
Atas pendapat yang diberikan, ramai yang tampil memberikan reaksi masing-masing.
Terharu atas penerimaan baik terhadap lagu ciptaan komposer Daqmie & Wan Saleh dan lirik oleh Daqmie & Abdulkarim Al Ali itu, Nuha menyifatkan ia sebagai rezeki.
“Ia sambutan yang tidak disangka-sangka sebenarnya. Sesuatu yang besar dan saya sendiri tidak menyangka. Pada masa sama, saya bersyukur atas apa yang Allah sudah bagi sekarang.
“Sebab rezeki yang saya dan Naufal Azrin terima ini bagi saya sesuatu yang melimpah ruah. Malah saya gembira apabila lagu ini turut mendapat sambutan hingga ke Indonesia, alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja semalam penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah membuat persembahan untuk konsert Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tidak kenal erti penat, hari ini Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telahpun mengadakan sebuah majlis untuk menyambut hari kelahiran anaknya yang bernama Siti Aafiyah.
Menariknya, Aafiyah kelihatan sangat ceria dan gembira ketika menyambut hari kelahirannya yang ke pertama di samping keluarga tersayang.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan-rakan artis seperti Jihan Muse, Amyra Rosli, Rozita Che Wan dan Fauziah Ghous.
Lantas, peminat telah mengucapkan selamat hari jadi kepada si comel Aafiyah dan turut mendoakan Aafiyah semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Wah! Meriah betul majlis hari Aafiyah! Seronok tengok Aafiyah yang teruja sambut hari kelahirannya yang pertama!
Siti Aafiyah telah dilahirkan pada tanggal 19 Mac tahun lalu.
Gambar : Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, pelakon dan usahawan Anzalna Nasir telah membuat kejutan istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Hanif Zaki yang ke -28.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat di akaun Instagram miliknya, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir telah tampil mengenakan hijab ketika meraikan ulang tahun kelahiran suaminya.
“Semoga terus istiqomah. Happy birthday my love @hanif_zaki Thank you @mianasir91 for the video,” tulisnya.
Lantas, perkongsian finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu mendapat perhatian dan pujian daripada wargamaya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat mendoakan ibu kepada seorang cahaya mata ini terus kekal istiqamah untuk mengenakan hijab.
“mashaallah alhamdullilah,” tulis seorang peminat.
“Awwwwwwww, semoga istimoqah. Cantikkkk sangattttt anzalna,” puji seorang warganet.
“The best gift ever for your husband,” titip seorang wargamaya.
:Awww … Its gonna be a beautiful journey for you beautiful Syukur Alhamdulillah,” luah peminat.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidress yang kini sudah mencecah usia 3 tahun.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...