Bapa Mentua Datuk Adi Putra Meninggal Dunia, Netizen & Rakan Selebriti Kongsi Rasa Sedih

Pelakon popular, Datuk Adi Putra memaklumkan bapa kepada isterinya, Datin Aida Yusof iaitu Yusof Deraman telah meninggal dunia pada Selasa.

Perkhabaran duka tersebut dikongsikan sendiri Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Menurut Adi, Allahyarham bapa mentuanya itu telah pun menghembuskan nafas yang terakhir sekitar jam 2.30 petang semalam.

“Assalamualaikum. Ayahanda kepada isteri saya, Almarhum Yusof Deraman telah pulang ke rahmatullah pada hari ini (semalam), 20 September pukul 2.30 petang,” tulisnya.

Pada masa sama, pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini turut memohon jasa baik semua agar mendoakan Allahyarham bapa mertuanya itu ditempatkan di kalangan orang beriman

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dihimpunkan bersama para solihin. Al-Fatihah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Bagaimanapun, Adi tidak mengulas lanjut mengenai punca kematian arwah bapa mertuanya itu.

Meninjau ke ruangan komen, netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Adi sekeluarga.

“Al-Fatihah dibaca. Salam takziah daripada Pablo sekeluarga,” balas pelakon, Pablo Amirul.

“Salam takziah buat abang sekeluarga,” titip pelakon, Nas-T.

“Salam takziah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen pelakon, Adam Shahz

“Salam takziah buat Adi dan isteri. Semoga tabah melalui ujian ini,” komen seorang netizen.

IKLAN

Bapa Mentua Datuk Adi Putra Meninggal Dunia, Netizen & Rakan Selebriti Kongsi Rasa Sedih

Sekadar informasi, Adi dan Aida telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 April 2006 sebelum berpisah pada 2017.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk kembali bersama dan bernikah semula pada Januari 2018.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Adi Putra & Aida Yusof