Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit berkongsi khabar duku selepas memaklumkan bapa mertuanya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumat.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Ayu menerusi entry terkini di laman Instagram.
Pada masa sama, Ayu turut berterima kasih buat bapa mertuanya itu kerana telah menjaga suaminya dengan baik daripada kecil hingga sekarang.
View this post on Instagram
“ASSALAMUALAIKUM. Pada hari JUMAAT yang mulia lepas bapa mertua Ayu Syed Baharuddin Bin Syed Rahman telah pergi buat selamanya. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman amin.
“TERIMA KASIH atas segala jasa mu abah yang selama ini memelihara dan menyanyangi pogi @syedpogi dari kecil hingga kesaat terakhir mu,” tulisnya.
Tambah penyanyi lagu, Hanya Di Mercu itu lagi, dia sedikit terkilan kerana bapanya itu dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat baik sebelum dia meninggalkan rumah.
Bagaimanapun dia tetap reda dan mendoakan semoga arwah bapa mertuanya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Tersentak bila tahu abah da tiada. Ayu keluar abah tengah makan sihat tiada pun abah sakit. Allah SWT lebih sayang abah. Tak nak abah sakit lagi.
“Kami berharap suatu hari kita akan berjumpa di syurga nanti. Amin ya rabbal alamin. Al fatihah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ayu sekeluarga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayu Damit
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI