“Papa Terlalu Penat, Lama Sangat Dah Sakit,” – Bapa Naqiu Meninggal Dunia Selepas 2 Minggu Di ICU

Share

Selepas dua minggu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Serdang, Selangor, bapa kepada penyanyi Naqiu menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.05 pagi Ahad.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, menerusi laman Instagram miliknya.

“Papa saya baru sahaja meninggal dunia pukul 6.05 pagi tadi. Saya mohon semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat papa.

“Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan moga papa diletakkan di syurga tertinggi di sisiNya.

“Papa terlalu penat, lama sangat dah sakit. Lepas ini papa berehatlah. Papa dah boleh jumpa mama. Moga suatu hari nanti kita semua akan bertemu kembali pa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Allahyarham difahamkan sudah lama menghidap penyakit kencing manis dan dimasukkan ke hospital pada 16 Mei lalu akibat komplikasi selepas terkena jangkitan Covid-19 beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Naqiu

Published by
Juliana Johar