
Penyanyi baru, Amir Hassan baru sahaja kehilangan bapa tercinta.
Berita tersebut turut dimaklumkan menerusi perkongsian di Insta Story yang ‘direpostkan’ kembali.
Difahamkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam kira-kira 2.30 pagi.
Bagaimanapun, penyanyi tersebut belum memberi butiran mengenai punca kematian bapa tersayang.
Amir merupakan penyanyi di bawah naungan Warner Music dan popular menerusi lagu berjudul Bicaramu.
Foto : Instagram Amir Hassan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Kecam Saya, Kata Kena…Dipaksa Pakai Mekap Itu Salah Ya,” – Aaisyah Dhia Rana Jawab Isu Suka Bersolek!

Anak kepada aktres dan usahawan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana mengakui dia kanak-kanak yang gemar mengenakan solekan, tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak.
Aaisyah yang kini berusia lapan tahun mendedahkan, jika ada yang berpandangan sedemikian, ia tidak benar.
Watch on TikTok
“Siapa-siapa yang kecam saya, yang kata kena… dipaksa pakai mekap itu salah ya. Saya memang suka (pakai mekap),” katanya ringkas di dalam sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok ibunya, dua hari lalu.
Menerusi video yang kini sudah pun menerima lebih 200,000 tontonan itu, wargamaya mulai memberikan reaksi yang pelbagai.
Malah ada di antara mereka yang menyifatkan anak perempuan tunggal Rozita yang mesra disapa Che Ta itu sudah sedia comel meski tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
“Aaisyah cantik sayang. Tak pakai mekap pun cantik sangat. Tak yah pakai mekap sayang…”
“Aaisyah kalau tak make up lagi cantik.”
“Aunty tak pernah kecam. Sayang memang cantik, tak payah pakai make-up ya!”
“Awak dengan anak Acik sama dari kecik suka mekap.”
“Biarlah nak buat apa pon kan sayang, lantak pi orang nak kata apa.”
“Takyah pakai make up yea…memang awak dah memang cantik. Pakai yang lite-lite & natural ja. Lawo dah.”
Artikel Berkaitan;
Che Ta Tunai Janji Sambut Birthday Aaisyah, Meriah 8 Tahun Ada 8 Biji Kek!
“Anak Kami Memang Suka Besiap! Tak Kan Lah Dia Nak Melaram Kami Nak Larang,” – Che Ta
Terdahulu, Che Ta sebelum ini pernah meluahkan rasa terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan minat anak perempuannya itu yang gemar melaram atau bersolek.
Che Ta menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan, apa yang dilakukan anaknya itu adalah minat dan kesukaannya sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Industri Seni Makin ‘Terbuka’, Nora Danish Tak Gusar Soal Rezeki Selepas Berhijab

Isi Kandungan
ToggleUmum sedia maklum bahawa pelakon jelita Nora Danish yang namanya melonjak naik menerusi sitcom berjudul ‘Puteri’ sekitar tahun 2005 kini memutuskan untuk memperbaiki diri dengan lebih mendekati dan mendalami agami Islam.
Malah, pemilik nama penuh Nora Mohd Danish Hanif itu menjelaskan bahawa hatinya amat tenang dan tidak pernah sekalipun gusar mahupun risau berhubung soal rezekinya sebagai pelakon di dalam industri seni tanah air meskipun kini sudah kembbali bergelar ibu tunggal.
Nora Yakin Dan Percaya Dengan Rezeki Pemberian Allah SWT
Menurut Nora, industri seni ketika ini sudah semakin terbuka dan dia amat percaya dengan rezeki yang diaturkan Allah SWT untuk dia dan anak-anak.
“Saya tak pernah terfikir pun soal itu. Pada saya, industri kita ketika ini sangat terbuka dengan mereka yang berhijab. Peluang juga sudah semakin meluas.
“Ketika fasa-fasa terdetik nak berhijab, saya juga tidak lagi melakonkan adegan-adegan bersentuhan ketika penggambaran.
“Saya tak percaya bila ada yang kata peluang dan rezeki kita akan berkurang selepas berhijab. Rezeki ada di mana-mana,” katanya.
Pada masa sama, Nora turut memaklumkan dirinya kini tidak lagi mengejar kemewahan dunia sebaliknya mahu mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT.
Tak Lagi Kejar Populariti, Mahu Kejar Ketenangan Hati Dan Redha Ilahi
“Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.
“Apa yang saya nak, Allah sudah tunaikan. Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.
“Apa sahaja dugaan menimpa, saya tetap boleh menempuhinya. Jadi, apa lagi yang saya nak? Allah sudah bagi macam-macam.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah,” katanya lagi.
Cabaran Untuk Istiqamah Itu Amat Mencabar, Nora Mohon Doa Buatnya
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengakui cabaran untuk istiqomah iti bukan mudah namun dia berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa yang baik buat dirinya.
“Saya kini memang banyakkan berdoa. Itu sahaja yang penting ketika ini. Ramai juga rakan-rakan artis yang berkongsi doa untuk terus istiqomah.
“Sejak sebelum berhijab lagi, bila melihat rakan-rakan yang tewas (buka hijab), saya juga faham situasi mereka.
“Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan. Rakan-rakan saya juga kata begitu. Saya harap anda semua boleh mendoakan saya supaya terus beristiqomah,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kualiti Vokal Sejurus 3 Kali Covid-19, Siti Nordiana; “Penyanyi Bukan Mesin, Tekan Suis Terus Okay.”

Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana akui kualiti vokalnya turut menerima kesan selepas dijangkiti wabak Covid-19 sebanyak tiga kali.
Lantaran itu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan kualiti nyanyiannya sudah tidak sama lagi seperti ketika bertanding di program Gegar Vaganza musim ke-2.
“Kehidupan sebagai seorang penyanyi, ada kalanya waktu rehat kita tak cukup. Penyanyi ini bukan seperti mesin. Bila tekan suis, boleh terus beroperasi (menyanyi).
“Ada masanya juga keadaan kesihatan turut memainkan peranan. Untuk pengetahuan semua, saya sebenarnya telah dijangkiti wabak Covid-19 sebanyak tiga kali. Ia sedikit sebanyak memberi kesan dari segi pernafasan dan suara.
“Bagaimanapun, itu bukan alasan bagi seseorang penyanyi untuk hanya sambil lewa dalam nyanyian mereka,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, Nana mendedahkan dirinya menerima segala kritikan dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan.
“Saya akui ada dua atau tiga persembahan saya sebelum ini mempunyai beberapa kekurangan. Mungkin disebabkan saya penat.
“Saya ini bukan jenis yang suka bergaduh di media sosial. Jika komen netizen itu sesuatu yang membina, saya akan terima. Saya akan tonton semula persembahan dan saya akan nilai sendiri.
“Saya tiada masalah untuk mengakui kesilapan saya kerana tiada siapa pun yang sempurna,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Nana turut memberitahu, dia juga tidak mempunyai masalah andai terus dikenali dengan jolokan ‘penyanyi leman’ atau lagu mendayu-dayu yang sudah menjadi identitinya sejak sekian lama.
“Saya sebenarnya berbangga bila digelar ‘penyanyi leman’. Setidaknya adalah ‘cop mohor’ atau identiti yang melambangkan Siti Nordiana.
“Saya tak terasa hati pun bila dilabel sebegitu sebaliknya saya rasa seronok. Rupanya ramai juga yang sukakan ‘lagu leman’. Kalau orang pergi karaoke pun, lagu sebegitu yang jadi pilihan.
“Genre ini dah sebati dengan diri saya. Jadi, saya tak boleh nak lari jauh sangat. Kalau nak moden pun, mesti kena selitkan juga elemen ini.
“Nak kata saya tak versatil, saya dah buktikan di Gegar Vaganza 2. Saya boleh sahaja nyanyi bermacam lagu cuma forte saya adalah lagu yang mendayu-dayu,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Nana baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Menyantun Kasih ciptaan komposer terkenal M. Nasir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Siti Nordiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI