Tular di media sosial mengenai bapa seorang pelajar yang datang ke sekolah mengamuk dan bertindak mengasari guru sehingga mengalami kecederaan yang serius di bahagian perut.

Kejadian dikatakan berlaku di Brunei itu telah ditonton lebih 200 ribu di laman Facebook dan lebih 1.4 ribu perkongsian setakat ini. Video tersebut mempunyai dua sambungan.

Di ruangan komen juga menyelar tindakan bapa berkenaan yang bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Bapa Sado Mengamuk Anak Kena Hukum

Dalam video tersebut, menunjukkan bapa pelajar datang bersama adik lelakinya ke sekolah untuk menyerang guru tersebut.    Bagaimanapun mereka telah  dihalang oleh beberapa guru yang lain. 

Menurut sumber, bapa pelajar ini tidak berpuas hati kerana anaknya mengadu telah digantung sekolah.

Ads

Setelah disiasat, rupa-rupanya pelajar tersebut membuat cerita tidak benar dan merayu pihak sekolah membuang kesnya.

Berdasarkan komen seorang individu, bapa pelajar dan adiknya telah datang ke sekolah untuk berunding dan mendapatkan kepastian dari guru berkenaan apa sebenarnya kesalahan anaknya.

Dari apa yang didengar di dalam video ini juga, mereka mahu selesaikan masalah ini dengan cara baik. Tetapi cikgu itu menerjah masuk ke pejabat dan terus berkasar dengan mereka berdua.

Adik bapa pelajar berkenaan juga telah ditampar oleh cikgu tersebut.

Ads

Dikhabarkan, bapa pelajar yang bekerja sebagai askar telah diberhentikan serta merta.

Sementara itu, guru lelaki berkenaan telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan dipercayai mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut.

PART 1

Ads

PART 2

 

Video : FB Borneo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI