
Bapa kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi iaitu Rashid Sulong dilaporkan meninggal dunia di Dungun, Terengganu, awal pagi tadi.
Khabar sedih tersebut dikongsi Safawi menerusi Instagram Story miliknya.
“Assalamualaikum. Mohon sedekahkan Al Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau (roh) dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya ringkas.
Sementara itu isterinya Syifa Melvin turut berkongsi perkara sama.
“Abah telah kembali ke negeri abadi. Rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti…al-Fatihah,” tulisnya.
Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca kematian dan lokasi pengebumian jenazah arwah bapanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Lakukan Demi Abah…,” – Belanja RM500,000 & Bariskan Ramai Bintang Termasuk Yayan Ruhian, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa

Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa, selepas lebih tiga bulan ‘hilang’ dari media sosial.
Menurut Hafiz, kos untuk untuk menerbitkan filem pendek pertamanya itu adalah sekitar RM500,000.
“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon.
“Lalu kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus. Saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana filem pendek berkenaan di IOI Putrajaya, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya selain tidak melibatkan keuntungan.
“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.
“Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya.
“Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam.
“Namun mungkin ada peluang lain selepas ini, mungkin sudah ada kepercayaan daripada badan seperti Finas atau terbitan Ainaa Dokumentari di Netflix. Saya suka hasilkan sesuatu berdasarkan kisah benar,” katanyq lagi.
Naskhah dalam genre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhian.
“Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.
“Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan,” tambahnya.
Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz bersama mesej yang ingin disampaikan iaitu berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.
Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.
Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.
Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty sejak 22 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Muka Nak Sama InsyaAllah Jodoh Panjang”- Joy Revfa Belanja Kekasih, Ramai Kata Secocok!

Menerusi entri terkini usahawan kosmetik, Joy Revfa ada berkongsi kegembiraan bersama peminatnya.
Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini memuat naik gambar bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Fahmy Reza.
Di samping itu, Joy turut mendoakan agar kekasihnya itu sentiasa dilindungi Yang Maha Esa.
“My dream is to wake up next to two guys. One will say “Good Morning Syg..” and the other will say “Good Morning Ibu..”
“Miss you, b @FahmyReza will ask Allah to see you twice, once here and once in Jannah .. amin,” tulisnya.
Lantas, perkongsian Joy telah menjadi perhatian peminat.
Malah, peminat turut memuji wajah Joy dengan kekasih yang kelihatan sangat secocok.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semoga semua Joy dipermudahkan.
Foto : Instagram Joy Revfa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sah Bercerai 6 Bulan Lepas, Rakan Artis Kongsi Status Terkini Irma Hasmie

Pengacara Amin Idris berkongsi status terkini mengenai isu rumah tangga pelakon dan hos, Irma Hasmie dan suaminya, Redza Syah Azmeer.
Melalui hantaran di Insta Stories, pada Selasa, Amin berkongsi kenyataan daripada individu yang mendakwa dirinya sebagai sahabat kepada Irma yang mendedahkan hubungan mereka sebagai suami isteri sudah berakhir.
“Assalamualaikum… Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma dan Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
“Untuk pengetahuan.. Mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas. Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” tulis individu dipercayai sahabat kepada Irma iaitu Reen Emran
Sementara itu, kenyataan sama turut menjelaskan Irma berada dalam keadaan baik bersama anak-anaknya.
Malah Reen bersyukur kehidupan sahabatnya itu kini lebih indah dan bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.
“Insya-Allah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” tulisnya lagi.
Terdahulu, hantaran Redza mencetuskan tanda tanya apabila menulis keterangan berkaitan perjalanan baharunya sebagai suami dengan wanita, Nur Hafiza Mohd Salim selain mendoakan agar orang ramai dipertemukan dengan kebahagiaan yang dicari.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Irma bagaimanapun dilaporkan, enggan bercerita lebih mengenai berita itu sebaliknya memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Irma berhubung berita perceraian itu tidak berjaya.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI