Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Aiman Tino yang bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Syarah Haifa, Khamis ini.

Berita gembira tersebut turut disahkan bapanya, Yusri Ishak, lapor Harian Metro.

Yusri berkata, majlis raja sehari itu akan diuruskan sepenuhnya oleh penaja yang juga pengendali acara.

“Majlis akad nikah akan berlangsung selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang di Segambut. Semuanya diuruskan oleh pihak penaja.

“Aiman kata, keluarga datang sahaja nanti dan menikmati majlis hari bahagia ini,” katanya.

Ads

Bapa Sahkan Aiman Tino Nikah Khamis Ini, Tahniah! Bapa Sahkan Aiman Tino Nikah Khamis Ini, Tahniah!

Berkongsi mengenai persediaan kahwin anaknya itu, Yusri meyakini ia adalah keputusan terbaik dibuat Aiman.

“Kalau rasa teruja itu, mungkin ada, tapi dah biasa sebab ini adalah menantu ketiga dalam keluarga. Sebagai ibu bapa, apa yang penting adalah, dia suka jodohnya.

Ads

“Pokok pangkal adalah dia sendiri. Kalau umur dia 23 tahun pun, dan dia rasa dah bersedia untuk berumah tangga, teruskan. Kalau umur dia dah 27 tahun pun, tapi belum bersedia, tak jadi juga.

“Saya yakin, Aiman sendiri pun tahu mengenai komitmen barunya ini dan mungkin sudah tiba masanya untuk ada orang jaga makan minum serta pakaiannya. Dia pun inginkan teman hidup.” katanya lagi.,

Ads

Difahamkan, majlis resepsi pula akan berlangsung di Shah Alam pada 6 Mei depan.

Terdahulu, media melaporkan penyanyi berusia 25 itu mendedahkan akan mendirikan rumah tangga tahun ini selepas menghantar rombongan merisik Syarah Haifa, Januari lalu

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI