Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia di kediamannya akibat komplikasi pelbagai penyakit kira-kira pukul 7.30 malam, Sabtu pada usia 76 tahun.
Berita sedih itu dimaklumkan anaknya yang juga pelakon, pengarah teater dan pensyarah, Dr Norzizi Zulkifli.
Menurut Norzizi seperti yang dipetik mStar, jenazah bapanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang, pada Ahad sebelum solat zohor.
“Ya… bapa saya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Dia meninggal dunia di rumah akibat komplikasi banyak penyakit.
Ads
“InsyaAllah, esok (Ahad) sekitar pukul 9 pagi jenazah akan dibawa ke masjid untuk dimandikan dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sebelum solat zohor,” katanya seperti yang dipetik.
Sekitar Mac lalu, pelakon filem Permintaan Terakhir dan Tiada Esok Bagimu itu berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.
Ads
Zulkifli dikejarkan ke Hospital UiTM Sungai Buloh akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah buah pinggang pada 7 Mac lalu.
Ads
Untuk rekod, Zulkifli yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar itu pernah diserang angin ahmar pada 2016.
Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.
Selain Norzizi, Allahyarham juga mempunyai empat orang cahaya mata lagi iaitu Norzaza, 38, Norzazila, 36, Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz positif dengan menyeru para pengikutnya di media sosial untuk cuba berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak 1,000 kali sehari.
Aliff atau nama sebenarnya, Mohamad Aliff Aziz, 33, tidak menafikan cukup besar ganjarannya kepada individu yang mengamalkan selawat.
“Jom sama-sama kita cuba amal selawat yang sangat ringkas tapi besar fadilat ini 1,000 kali setiap hari selamat 40 hari tanpa putus.
“Azam semoga Allah izin kita amal sampai hari kita dijemput kembali kepada-Nya,” kongsinya menerusi satau hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Bintang yang popular menerusi lagu Sayang Sayang ini juga turut menyifatkan tiada salahhnya untuk kita sama-sama menyebarkan kebaikan.
“Jangan rasa perlu tunggu jadi orang baik untuk sebarkan kebaikan. Dengan sebarkan kebaikan kita minta Allah jadikan kita semua orang baik,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi asal Sabah, Adira Suhaimi baru-baru ini memuat naik video serta gambar dirinya yang mengenakan niqab, sekali gus mencuri perhatian peminat.
Memuat naik penampilan manisnya itu di Instagram, pemilik nama Siti Adira Suhaimi itu tampil sopan mengenakan jubah yang dipadankan dengan niqab dalam rona nude pemberian rakan artis, Siti Sarah.
Malah isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib itu turut sama meninggalkan komen, memuji penampilan pelantun lagu Takdir Tercipta itu.
Menjengah ke ruangan komen, para peminat turut sama memuji melihat persalinan yang dipakai Adira selain mengakui akan kecantikan penyanyi berusia 30 tahun itu.
Malah tidak kurang yang memanjangkan Adira terbuka hati untuk kekal berpakaian sedemikian satu hari nanti.
Foto: Instagram Adira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir sedekad tidak berlakon, Datuk Hattan kini kembali menerusi filem komedi, Gadis Jolobu The Movie yang lain daripada yang lain kerana ia mengetengahkan dialek negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.
Menurut Hattan, sebelum ini belum ada filem sedemikian dan sebab itulah, dia memilih untukmengangkat martabat dialek Negeri Sembilan serta budaya negeri kelahirannya itu.
Hattan yang kali terakhir membintangi filem Rock Bro arahan Allahyarham Mamat Khalid berkata, dia mengaku banyak menolak tawaran berlakon sebelum ini.
Selain berlakon, Hattan juga bertindak sebagai perunding produksi bagi memastikan dialek Negeri Sembilan yang dituturkan pelakon lain betul dan tidak kedengaran pelik.
“Sebenarnya saya sudah tak mahu berlakon sebab ia memenatkan, tapi untuk Gadis Jolobu The Movie ini saya tak boleh tolak sebab filem ini mengangkat budaya Negeri Sembilan.
“Sebelum ini ramai yang membuat filem mengenai dialek negeri lain dan tak ramai yang mahu membuat filem mengetengahkan dialek Negeri Sembilan. Siapa lagi nak perjuangkan dialek ini kalau bukan kita sendiri. Itu yang buatkan saya terpanggil untuk turut serta.
“Sebenarnya idea untuk menghasilkan filem ini sudah tercetus sekitar tiga tahun lalu di antara saya dan Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif Saraleana Nattaya Azmi, tapi disebabkan pandemik Covid-19, baru sekarang kami dapat memulakan penggambaran,” katanya.
Menurut Hattan, idea untuk menghasilkan filem terbabit tercetus susulan kejayaan lagu duetnya bersama W.A.R.I.S berjudul Gadis Jolobu yang meraih jutaan tontonan di YouTube.
“Tak salah untuk mencuba walaupun sekarang ini sudah ada prosedur operasi standard (SOP), tapi tak tahu orang berani atau tidak pergi tengok wayang.
“Cuma saya berharap apabila filem ini ditayangkan sekitar Jun nanti, negara kita sudah beralih ke fasa endemik, memandangkan kita semua sudah menerima suntikan dos penggalak. Kalau tidak kasihan industri hiburan kita, disebabkan itu kerajaan kena tolong kita.
“Saya yakin filem ini boleh mendapat sambutan yang baik sebab kalau filem menggunakan dialek Pulau Pinang dan Perak seperti Mami Jarum dan Hantu Kak Limah boleh berjaya, mengapa tidak filem ini,” katanya.
Turut berlakon ialah anak Hattan, Adam serta Joey Daud, Khir Rahman, Nizam Laksamana, Ahirine Ahirudin dan ramai lagi.
Gadis Jolobu The Movie mengisahkan mengenai tiga bujang terlajak yang sangat rapat sejak kecil dalam usaha untuk mencari jodoh masing-masing di kampung halaman mereka.
Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain di fikiran membuatkan mereka berusaha untuk mencari jodoh mereka walaupun menghadapi pelbagai dugaan.
Filem kerjasama Zebra Studio Sdn Bd dan Tremendous Entertainment yang diarahkan oleh CL Hor itu turut mengetengahkan beberapa elemen Adat Perpatih dan keunikan budaya Minangkabau di Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...