Pelakon, Zahiril Adzim mendedahkan dirinya tidak mengharapkan apa-apa bentuk pemberian menjelang hari lahirnya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Sebaliknya, Zahiril hanya berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat bapanya yang ketika ini bakal menjalani pembedahan bagi melawan penyakit kanser tahap tiga.
“My handsome man. Lagi dua hari birthday aku, 23 Januari. Adik aku esok, 22 Januari. Birthday kitaorang kali ni taknak mintak apa-apa selain daripada doa kalian keluarga, saudara mara, sahabat, followers dan supporters.
“Ayah aku akan menjalani pembedahan esok untuk merawat kanser beliau, stage 3,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon drama, KL Gangster Underworld ini turut meluah rasa gembira saat melihat perkembangan terkini keadaan bapanya itu.
“Lately ni lepas buat kimo, ayah nampak makin sihat, makin berisi. Happy kami sekeluarga tengok. Operation ini adalah treatment terakhir untuk merawat kanser ayah kata doktor. Mudah-mudahan kanser ayah dapat dibuang dan ayah kembali sihat dan boleh terus berkebun di belakang rumah.
“Serious, tahun ini birthday aku taknak mintak apa-apa selain dari doa korang. Jarang-jarang aku mengharapkan apa – apa dari followers dan supporters aku cuma kali ini aku berhajat sangat agar kalian mendoakan operation ayah aku berjalan dengan lancar dan ayah dikurniakan الله kesihatan seperti sedia kala,” katanya lagi.
Sementara itu, Zahiril turut menitipkan ucapan kepada semua pihak yang telah mendoakan mengenai kesihatan bapanya itu.
“Doa & tawakkal dari kami sekeluarga telah dan sedang kami jalankan.I love you Ayah, my Guru, my hero, ma maannn!
“Edited : Terima kasih semua yg mendoakan. Tak dpt nak reply satu2. Semoga الله membalas dengan kebaikan pada kalian,” akhirnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menzahirkan rasa simpati selain turut berharap agar bapa Zahiril akan lekas sembuh seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Zahiril Adzim