Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia. Al-Fatihah

Share

Bapa kepada penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana iaitu Alias Ahmad dilaporan telah meninggal dunia pagi Jumaat.

Khabar mendukacitakan itu dimaklumkan sendiri oleh Siti Nordiana menerusi hantaran terkini di laman Instagram.

“Assalamualaikum semua. Ayah Nana yang tercinta Alias Bin Ahmad baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir,” tulisnya.

Malah, penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan bapanya itu agar ditempatkan bersama golongan beriman.

“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Ayah Nana,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa dukacita selain turut memberikan kata-kata semangat buat Siti Nordiana.

“Takziah Nana, Al-Fatihah. Arwah pergi pada hari yang penuh barakah. Alhamdulillah pengakhiran yang cantik.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmatnya. Moga Nana sekeluarga sabar dan tabah dengan ketentuannya. Al-Fatihah buat arwah ayahanda.

“Salam takziah. Moga terus kuat dan tabah.

“Moga diampuni segala dosanya dan ditempatkan rohnya bersama para solihin,” antara komen-komen netizen.

Dikesempatan ini, MH ingin mengucapkan Salam takziah buat Nana sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian berat ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Siti Nordiana

Published by
Aizam Manaf