Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makde mendedahkan, pada hari arwah dibawa ke hospital, arwah minta dia untuk memindahlan sejumlah wang dalam akaun peribadi arwah ke akaun bank miliknya.
Menurut Siti Fatimah,34, dia pada awal tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya untuk berbuat demikian.
“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.
“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.
“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu, terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.
Tambahnya lagi, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.
“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos.
“Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.
“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.
“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.
“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau sudah jodoh tak kan kemana, mungkin itulah situasi yang boleh digambarkan buat pasangan sama cantik sama padan, Elfira Loy bersama pasangannya, Faris Khairol Anuar yang kini sudah pun sah memegang status sebagai suami isteri.
Pasangan ini dinikahkan dalam suaru sesi tertutup yang hanya dihadiri kenalan rapat dan keluarga 1 Januari lalu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Lalu, rakan-rakan selebriti turut mengucapkan tahniah buat pelakon berkenaan, termasuk penyampai radio, Hani Fadzil yang turut berkongsi suatu hal istimewa melibatkan imam Elfira itu.
Menerusi instastorynya baru-baru ini, Hani ada berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira merupakan si gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu!
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu.
“Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!,” tulisnya.
Meskipun sudah dilihat mengenakan hijab sejak tahun lalu namun, pelakon dan pengacara, Eleena Sui difahamkan masih tidak terlalu terbuka mengenai kisah penghijarahannya itu.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram, Eleena ada berkongsi sebuah video yang memaparkan segala momen-momen menarik di dalam hidupnya sepanjang tahun 2022.
Pada posting yang sama, Eleena atau nama sebenarnya Nor Eleena Hamzah turut mendedahkan dirinya kini sudah pun berhijab dan memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan dirinya agar terus kekal istiqomah.
“Tak tahulah sama ada saya patut atau tidak kongsikan video ini. Sebenarnya saya dah lama simpan. Konon nak ikut trend. Jadi, tengok jelah.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqomah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya,” tulisnya.
Bekas pengacara program Hlive ini turut memaklumkan dirinya kini masih lagi dalam fasa menuntut ilmu dan menyesuaikan diri.
“Mungkin agak sukar pada mulanya tapi saya sedang belajar perlahan-lahan,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan hijrah Eleena akan sentiasa dipermudahkan.
“Love you. You’re so pretty.
“Alhamdulillah sis, kita doakan yang baik-baik.
“Ameen. Semoga terus diberikan kekuatan untuk kekal istiqomah.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan tabah dalam melalui proses berhijab. Bukan senang nak berhijrah. Semoga hati kita kuat.
“Allahu, nampak cantik sangat. Sopan dan comel,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Eleena telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Ahmad Faisya Mohd Bustaman pada Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Eleanor Aurora yang kini baru berusia setahun.
Hasil tinjauan MH, Eleena dilihat mula mengenakan hijab sejak bulan Jun yang lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Firsta Yufi Amarta Putri dari Jawa Timur dinobatkan sebagai Puteri Indonesia 2025 dalam acara gilang-gemilang yang berlangsung semalam, 2 Mei 2025, bertempat di Pusat...