Bapa Tomok Telah Pergi Mengadap Illahi Hari Ini, Al Fatihah…

Share

Penyanyi dan pelakon, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail memaklumkan bapanya, telah meninggal dunia.

Perkhabaran sedih itu dikongsi bintang berkenaan menerusi Instagram miliknya.

“Assalamualaikum, ayah saya Ismail Bin Salam telah pulang ke rahmatullah baru sebentar tadi.

“Arwah akan dikebumikan di Masjid Alam Damai, pada petang ini,” tulis Tomok.

Sementara itu, kakak Tomok yang juga merupakan seorang penyanyi, Isma turut berkongsi berita dukacita itu.

“Ya Allah Kau ampuni dosa-dosanya ayahku. Kau tempatkan ayahku di kalangan orang yang beriman di sisiMu,” kongsi Isma.

Terdahulu, Allahyarham Ismail, 62 tahun mengalami kemerosotan kesihatan sejak beberapa bulan lalu.

Salam takziah buat Tomok seiisi keluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan kalangan yang beriman, al Fatihah.

Foto: Instagram Tomok, Isma

 

Published by
MH