Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa syukur bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-44 hari ini.
Menyifatkan masa pantas berlalu, Fazley insafi diri kerana masih sehingga ke hari ini dia diberikan rezeki dari Yang Maha Pemurah.
“I’m 44 years old today? Wow.. how time flies! Syukur alhamdulilah, diberikan keredhaan untuk kekal mengejar pahala dan mencari rezeki sehingga hari ni.
“24 tahun dalam dunia seni, 10 tahun dalam dunia masakan dan 5 tahun sebagai ketua keluarga besar (selepas pemergian Bapak tersayang),” tulisnya.
Namun begitu, Fazley memberitahu kejayaan yang berjaya dikecapinya kini bukan satu perkara yang mudah. Sebaliknya, dia berdepan dengan pelbagai cabaran hidup.
“Laluan saya bukan mudah, pelbagai dugaan fizikal dan emosi telah saya lalui selama ini. Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan; Bapak dulu keluarga peniaga gerai mee goreng di kedah, dan Ibu keluarga penoreh getah dan pembuat kuih2 melayu di Negeri Sembilan.
“Seawal usia bawah 5 tahun, dah pernah merasai kepayahan tiadanya baju raya baru, dibesarkan di kampung kerana ibu @rsd.umi tidak mampu untuk besarkan saya di Kuala Lumpur kerana kepayahan hidup. Namun kami tetap kaya kasih sayang dari dulu sehingga ke hari ini,” tulisnya lagi.
Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob berkongsi kisah suka duka yang pernah dilaluinya itu menerusi satu hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fazley Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI