Selepas menerima perhatian susulan solekan artistik yang dikenakan ketika menduduki kerusi Presiden Netizen di Big Stage 2022 Suku Akhir semalam, Datuk Seri Vida tampil membuat luahan.
Menerusi TikTok, menurut Vida, moodnya tidak baik mengenangkan perkara tersebut.
“Tengok Big Stage (2022) semalam? Barang salah order? Tak baik cakap saya macam tu,” katanya.
“Stress saya terkejut. Sepanjang hari saya badmood sebab make-up ni,” katanya lagi menerusi hantaran terkininya.
Vida menambah, dia tampil berbeza dalam muzik video terbarunya itu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
“Coming soon, Lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan. 360 darjah dari Dato Seri Vida yang anda kenal. Rakaman mengambil masa 10 malam, music video lima hari dan menelan kos sebanyak RM400,000,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mungkin masih belum melupakan fasa hitam yang melanda Bella Astillah, netizen terus melontarkan kata-kata kecaman kepada Aliff Aziz di laman Instagram.
Walau apa sahaja posting terbaharu dimuat naik, ruang komen dipenuhi tulisan berbaur hinaan dan pelbagai gelaran.
Malah, penyanyi berasal dari Singapura ini secara sinis dikatakan mengikut jejak langkah isteri menawarkan servis iklan berbayar.
Namun, penyanyi Sayang Sayang ini tidak melatah, sebaliknya matang mengendali situasi.
Setiap kecaman dibalas dengan doa memohon kebaikan buat semua.
Tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar kasih Bella kembali bertaut.
Segala yang berlaku sudah pasti ada hikmah tersembunyi. Semoga segalanya berakhir dengan kebahagiaan.
Foto : Instagram Aliff Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Nelydia Senrose yang baru saja pulang dari mengerjakan umrah mengakui, dia tidak mahu tergesa-gesa memaklumkan soal perancangan kahwinnya dengan kekasih yang dikenali sebagai Hafiz kepada umum.
Meski tidak menafikan dirinya sudah bersedia untuk bergelar isteri, namun adik kepada pelakon Uqasha ini bagaimanapun lebih gemar untuk membuat persiapan dengan tenang dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.
“Saya rancang untuk berkahwin tahun lalu, tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana komitmen kerja masing-masing dan sebagainya. Jadi kami ambil itu sebagai pengalaman sebab kalau boleh biarlah proses itu berjalan dengan lancar,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai persiapan kahwinnya setakat inipula, Nelydia memberitahu dia berdoa agar semuanya berjalan lancar, cuma ketika ini dia belum bersedia untuk berkongsi mengenainya secara terperinci.
“InsyaAllah saya hanya berani untuk kongsi fasal kahwin bila persiapan dah sampai 80 peratus.
“Bahkan sejujur ketika di Mekah, saya juga ada berdoa agar semuanya berjalan lancar. Kalau betul sampai waktu dan jodoh, harap ia dipermudahkan. Kalau tak jadi pun, harap ia dipermudahkan juga.
“Malah sehingga kini saya masih minta diberikan pentunjuk. Misalnya kami rancang tahun lalu, namun atas kekangan kerja dan komitmen lain, masanya belum tiba lagi,” jelas Nely.
Tahun lalu, Nely membuat pengakuan yang dirinya kini sedang hangat bercinta dan turut berkongsi foto sebentuk cincin di Instagram sebagai simbolik hatinya telah dimiliki.
Foto: Instagram Nelydia Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas suami Nora Danish, Jejai atau nama sebenarnya, Rizal Ashram Ramli memuat naik entri khas sempena kelahiran anak sulungnya, semalam.
Di dalam entri tersebut, Jejai mengakui rasa bersyukur dengan anaknya, Putra Rayqal Ramli yang sudah mencecah usia 10 tahun.
“Saya tak percaya, 10 tahun lalu, kamu hadir ke dalam duniaku. Kamu telah mengubah hidupku sepenuhnya.
“Kamu jadikan saya seorang bapa, kamu anak pertama saya, kamu adalah ‘unchartered territory’ buat saya kerana kamu adalah yang pertama.
“Kadang-kadang saya faham dan kadang tidak. Kepentingan kamu dan adik adalah perkara paling utama sekali.
“U and I, we are bound in a tie that only exists between u and me. U still want to sleep beside me, i love the way u give in to your much younger siblings when it comes to whos who gets to sleep right beside me, eventhough all of us still sleeps on the same bed till today.
“I remember when we were on our holiday last week in Megeve’, u told me that u wanted to sleep beside me, it warms my heart.
“It is me who u yell at when things don’t go quite the way u expect. It is also me, who u tell your secrets. U ask good questions, most of it unanswerable, u trust me and I hope to always be your safe place.
“10 years has sped by before my eyes, it makes me want to take back each and every bedtime, toys r us visits, cuddles, horse riding sessions and do them all over again.
“I still hold your hand and every time u let me hold your hand I wonder if it will be the last.
“InsyaAllah, i will keep on writing letters to u sampai tua. I am proud that u are my son. I hope I tell you that often enough. As I always do, I have some thoughts, wishes and hopes for u as you move through the years,” tulisnya.
Tambahnya lagi, Jejai sempat menitipkan pesanan buat Rayqal untuk masa akan datang.
“Selalu beringat kepada Allah. Semoga menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
“Hormati both your parents, atok, tah dan kaum keluarga semua. Always protect your siblings.
“Why is this first? Because you are 10 and your siblings are much younger and they need all the protection they can.
“Protect and keep them safe today, tomorrow and forever. The same rule applies to them and u won’t regret having them as good friends as u get older.
“Be grateful to your family, your friends, your home, and your school, they are all gifts from Allah.
“Work hard and play hard. Remember that working hard and playing hard, are all equally important in life.
“Sayang, these 3,652 days with u have been incredible. Thank u for teaching me ‘daddy 101’. Happy birthday sayangku Putra, I love you, Daddy,”tulisnya.
Semalam merupakan hari lahir Putra Rayqal yang ke-10, kelihatan Nora Danish juga turut memuat naik entri khas buat anak sulungnya itu.
Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 2006 dan berpisah pada 2008.
Foto/Instagram: Jejai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Maxime Bouttier mungkin kedengaran asing bagi sesetengah pihak di Malaysia, namun pelakon kacukan Perancis–Indonesia ini kini menjadi tumpuan selepas selamat mendirikan rumah tangga...