Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Ketika ini, usia kehamilan bintang cantik itu sudah pun mencecah usia enam bulan dan dijangka bersalin Oktober depan.

Terdahulu menerusi Harian Metro, Fazura turut diusik dengan spekulasi bayi yang bakal dilahirkannya ialah perempuan.

Dia bagaimanapun turut menjelaskan, ada juga yang mengadaikan anak lelaki.

“Bayi perempuan? Eh saya pun tak tahu. Macam-macam dakwaan dibuat kerana ada yang kata bayi lelaki dan ada yang kata perempuan.

Ads

“Saya ambil ini sesuatu yang positif kerana ramai orang ambil berat serta ramai juga yang mendoakan saya.

“Saya minta juga agar mendoakan supaya bayi sihat dan saya selamat melahirkan. Itu yang paling penting kerana lelaki atau perempuan itu soal kedua,” katanya seperti yang dipetik.

Wanita berusia 37 tahun yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kesihatan ketika ini memandangkan dia tidak mengalami sebarang alahan.

Ads

“Keadaan kesihatan alhamdulillah. Saya boleh makan macam biasa. Malah saya makin kuat makan.

“Saya dijangka melahirkan anak pada Oktober ini. Barangan bayi pun saya belum beli lagi,” akui Fazura.

Terdahulu pada Khamis lalu, Fazura yang ditemani suami hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan kes langgar kontrak perjanjian antara dirinya dan sebuah syarikat produk kecantikan dan kesihatan.

Ads

“Saya sebenarnya gementar nak datang mahkamah dalam situasi Covid-19.

“Tapi pentingnya saya berada di sini untuk menebus maruah saya dan menegakkan keadilan,” katanya.

Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan terbabit.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI