“Barangsiapa Yang Baca Ayat Ini Sebanyak 7 Kali…,” – Fedtri Yahya Kongsi Kebaikan Surah At Taubah

Share

Alunan merdu bacaan surah At Taubah ayat 128 hingga 129 dikongsikan Ahmad Fedtri Yahya di laman Instagram untuk santapan rohani.

Pengacara popular ini turut sama berkongsi beberapa kebaikan mengamalkan surah At Taubah antaranya dinaikkan darjat, dilapangkan kehidupan dan dilepaskan daripada hutang.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. 

“Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. 

“Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. – jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

At Taubah ayat 128-129.”

https://www.instagram.com/fedtriyahya/p/Bwam0JFAFgj/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=igz6vi36lzg6

Satu perkongsian yang cukup bermanfaat untuk diamalkan. Ayat ini cukup sempurna merangkumi segala aspek kehidupan. Selamat mencuba.

Foto – Instagram Ahmad Fedtri Yahya

Published by
Noraini Abd Wahab