Pelakon, Abby Abadi akui berat badannya naik mendadak meskipun selepas membuat pembedahan bariatrik.
Menurut Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, antara faktor berat badannya bertambah adalah kerana tidak menjaga pemakanan.
View this post on Instagram
“Tak payah bagitahu. Kita tahu haha. Kita naik badan melampau ni. Asyik makan sahaja kerja. Padan muka. Muka kita pun sudah macam mempelam dah awak,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh pelakon filem Gerak Khas The Movie itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Abby turut mendedahkan pembedahan bariatrik tidak akan berkesan sekiranya tidak menjaga disiplin pemakanan dan malas senaman.
“Produk bariatrik yang gagal. Sebab tu pada siapa-siapa yang nak kurus, cakap buat je bariatrik buleh kurus. Ingat semudah itu? Tidak ya.
“Lepas buat, kalau tak pantang makan, tak buang gula dan tak bersenam, tiada makna ya. Sama je.
“Naikk balik, sudahnya berat kita 80kg tak bergerak-gerak ni,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Abby kini berhasrat untuk mencuba produk-produk makanan tambahan boleh membantunya menguruskan badanz
“Kita kena buat sesuatu la wak. Kita nak ambil produk la untuk kurus. Cadangkan produk apa yg sesuai. Yang comfirm kurus.
“Tolong kongsikan. Nak exercise tapi esok ke esok, sampai sudah,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Abby difahamkan telah menjalani pembedahan bariatrik pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI