Penyanyi popular Elyana, Lan A To Z dan Ayie Floor 88 antara selebriti yang dijangka bakal memeriahkan festival Hoorrey X Fest Raya yang bakal dianjurkan pada 19 hingga 21 April depan.
Selain mereka, turut bersama-sama ialah penglibatan seramai 100 artis popular tanah air lainnya seperti Wan Scoin, Jaafar Onn, Amer Forteen, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam dan ramai lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, penganjuran berkenaan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Tambahnya lagi, festival tersebut juga turut mendapat kerjasama dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner, menawarkan sebuah acara membeli-belah 65 jam tanpa henti.
“Matlamat kami adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan.
“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, festival ini juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.
Ads
“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli-belah selama 65 jam yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,” katanya.
Mengulas mengenai sasaran menganjurkan festival berkenaan, Mohammad Alif menjelaskan pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing, sebaliknya mahu memberi peluang rezeki.
Ads
“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.
“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mohammad Alif berkata, sempena penganjurannya juga, pelbagai acara menarik turut akan diselitkan termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTCKL.
Ads
Lebih menarik, pihaknya optimis menyasarkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi aktiviti pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti.
Sehubungan itu, Mohammad Alif menyeru dan membuka peluang buat semua usahawan dan peniaga yang berminat untuk bersama-sama memeriahkan Hoorrey X Fest Raya dengan harga terendah RM1,500 untuk sewa tapak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memiliki wajah yang tampan serta keperibadian yang sangat ‘charming’, tidak hairanlah mengapa kita sering kali melihat pelakon, Nazim Othman banyak membintangi drama-drama berkisarkan percintaan.
Bagaimanapun, selepas menonton sebuah video yang memaparkan sekumpulan askar sedang menamatkan latihan, Nazim percaya dirinya juga mampu menggalas dan membawa sedemikian.
“Kepada para produser tersayang, selain watak sebagai anak CEO Megah Holdings, I’m ready for this kind of roles too.
“Please consider me next time. Thank you,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Kau Cipta Kasih itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk mencabar dirinya untuk membawa watak sebagai askar.
Lantaran itu, Nazim berharap agar para penerbit dapat mempertimbangkan namanya sekiranya ada menerbitkan drama berkisarkan ketenteraan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menyambut baik cadangan tersebut selain turut merasakan sudah tiba masanya Nazim mencabar dirinya dengan membawakan watak yang berbeza daripada naskah-naskah sebelumnya.
“I think you have what it takes too Nazim.
“Semoga ada rezeki untuk watak yang mencabar ini.
“Boleh cuba ya Naz. Kami nak tengok juga.
“Yes. Ternanti-nanti Nazim bawa watak macam ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, drama, Kau Cipta Kasih lakonan, Nazim bersama gandingannya, Uyaina Arsyad baru sahaja malabuhkan tirainya pada minggu lalu.
Kini, Nazim dikhabarkan sedang sibuk menjalani menjalani pengambaran bagi drama terbaru, Ratu Ten Pin musim ke-2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik status kecewa dengan kepimpinan politik negara ini, Menteri Belia Dan Sukan, YB Syed Saddiq menyatakan rasa kesal dengan taktik ‘kotor’ pihak tertentu.
Tulisnya, pemimpin seharusnya memajukan kehidupan, bukannya hanya berkisar mengenai kisah seks atau konspirasi sehingga mampu membuatkan golongan belia menjauh.
“Saya naif apabila mengandaikan zaman permainan kotor politik sudah berlalu.
“Politik sepatutnya mengenai membuat kehidupan lebih baik, pertembungan idea dan prinsip, bukan mengenai seks dan konspirasi.
“Tahu kenapa sesetengah golongan muda benci politik? Kerana ia memusnahkan lebih daripada apa yang dibina. Malaysia layak terima yang lebih baik.”
Aktres Diana Danielle mengakui pada peringkat awal dia kembali bekerja dalam lapangan lakonan, reaksi yang diberikan anak sulungnya, Muhammad tidak begitu baik.
Ini kerana menurut Diana, anaknya yang ketika itu baru mencecah usia setahun kerap menangis dalam suatu tempoh lama hingga membuatkannya risau.
“#KisahBantalBusuk ni bermula dari Muhammad umur setahun, dia terkejut bila ibu dia dari full-time housewife, bekerja balik.
“Dari momen D (Diana) keluar rumah, sampai D balik, Muhammad takkan berhenti menangis sampai pernah hilang suara! Masa tu D sampai hampir lupakan nak kerja takut anak jatuh sakit..,” tulisnya.
Diana bagaimahapun lega apabila situasi berkenaan semakin baik apabila anaknya menunjukkan perubahan positif.
“Tapi satu hari tu D keluar kerja, dia senyap. Nanny bagitahu Muhammad start attached dgn patung bear favourite dia.
“Kalau dia nak minum botol atau tidur, kalau Ibu takde, bear akan teman, jadilah bantal busuk. Sampai harini.
“Tapi time to time, kena basuh jugak sebab tengit sangat baunya,” seloroh isteri aktor, Farid Kamil ini.
Diana berkongsi coretan berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram disusuli dengan kempen terkini satu jenama.
Sekadar informasi, Diana mendirikan rumah tangga bersama Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 6.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!