Selamat melahirkan cahaya mata sulung secara normal semalam, pelakon Elfira Loy hari ini mendedahkan nama anak lelakinya itu.
Kongsinya, dia bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang mendoakannya.
“Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik.
“Ya Allah macam tak percaya.
terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami .
“ITS A BABY BOY
Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.
“Born yesterday , the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg . Secara normal . Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy . Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi,” tulisnya.
Elfira selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.
Terdahulu, Elfira dan Khairol Faris Anuar diijabkabulkan pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Foto : Instagram Elfira Loy