Bintang pop terkenal, Britney Spears dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya, Sam Asghari. Baru sahaja berkahwin 14 bulan lalu, Britney yang 12 tahun lebih tua daripada suaminya itu dilihat sudah tidak mengenakan cincin perkahwinan, lapor TMZ.
Kisah keretakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lagu Toxic ini sudah mula dihidu oleh media barat apabila beberapa sumber rapat dengan pasangan popular ini berkongsi yang hubungan mereka mula bermasalah.
Menurut TMZ lagi, Sam Asghari telah memfailkan penceraian apabila menyatakan bahawa keadaan rumah tangganya mengalami “perbezaan yang tidak dapat didamaikan” sebagai alasan untuk menamatkan perkahwinan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sepatutnya Kami Tunggu Lebih Lama,” – Britney Spears Alami Keguguran, Kesal Umum Kandungan Terlalu Awal
Dikhabarkan Sam Asghari sedang cuba untuk menuntut harta sepencarian, namun perkara itu dilihat mustahil kerana dia sudah menandatangani perjanjian tidak akan menuntut harta Britney sebelum mengahwini bintang terkenal itu.
Imbas kembali, pasangan ini berkenalan pada tahun 2016 apabila Sam terlibat sebagai salah seorang model dalam klip video lagu Britney Spears yang berjudul Slumber Party. Sejak itu mereka sering dilihat bersama dan akhirnya melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun 2022.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan