“Baru 15 Hari Berpantang, Isteri Saya Kena Tahan Wad Disebabkan Positif Denggi,” – Reza Hasbi

Share

Pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata kedua, Reza Hasbi berdepan ujian getir apabila memaklumkan isterinya, Rosedarlila trlah ditahan ke wad selepas disahkan positif Denggi meski baru 15 hari berpantang.

Ujarnya menerusi perkongsian di media sosial, pelakon tersebut memberitahu ujian yang diterima merupakan signal ujian dariNya.

“2019 ALLAH beri kami ujian yg bertimpa-timpa.. ujian itu sbb ALLAH sayangkan kita.. sakit itu sbb ALLAH nak hapus dosa… tak beriman seseorg itu selagi tidak diuji..

“ALLAH nak angkat darjat kita..itu la kata2 aku tiap kali aku temankan isteri aku.. fikir anak sayang.. kuatkan semngat awk @rdr7_ anak kedua kita memerlukan susu awak.. baru 15 hari berpantang isteri saye kena tahan wad disbbkan positif DENGGI.. dan hampir dimasukan ke ICU.. saye mintak maaf sbb baru nak share benda ni,” tulisnya.

Pada masa sama, Reza turut berkongsi isterinya terpaksa berada di hospital selama empat hari atas situasi yang berlaku.

“Ye tak ade mase nak hadap fone.. dan susah hati ape pon saye tak boleh buat.. 4 hari @rdr7_ terlantar dihospital dia kuat.. dah la dlm pantang.. badan masih lemah.. pastu kena denggi pulak.. #alhamdulillah

“Hari ini isteri saye dah pon berada dirumah.. dah boleh menyusu anak.. saye nak ucapankan terima kasih banyak2 pada keluarga saye dan mertua saye yg menbantu saye dari segi tenaga kewangan dan tak henti2 mendoakan isteri saye.. terima kasih semua,” tulisnya panjang lebar.

Terdahulu, Reza dan isterinya telah menimang cahaya mata kedua pada 3 Mac lalu.

Foto: Instagram Reza Hasbi

Published by
Rafiq Mazlan