“Pada awalnya saya takut, namun semangat Haris yang membuatkan saya berani ambil cabaran.”
Demikian kata hos dan usahawan popular, Noor Neelofa apabila suaminya yang juga pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berani mengambil risiko dengan membuka cawangan pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Neelofa berkata, dia sedia maklum dengan cabaranperniagaan semasa khususnya dalam bidang pakaian dan fesyen namun bersyukur kerana Haris sedia untuk membantu seterusnya berusaha untuk sama-sama bersaing dalam perniagaan.
“Takut itu memanglah ada. Ia lebih kepada risau sebab kita semua tahu persaingan bisnes kini begitu mencabar, apatah lagi dengan perkembangan perniagaan secara dalam talian dan sebagainya.
“Bagaimanapun saya percaya masih ada yang lebih cenderung untuk ke kedai fizikal untuk membeli-belah dan pada masa sama kita juga mempunyai ‘team’ yang kuat dalam pengurusan bisnes dalam talian.
“InsyaAllah situasi itu seimbang dan apa pun, ia berbalik kepada rezeki. Hariz juga banyak berikan kata semangat dan dia cukup optimis,” katanya.
Malah Neelofa menambah, pembukaan premis yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha itu juga sebagai hadiah buat peminat yang sentiasa memberi sokongan.
“Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif, terutamanya daripada peminat yang tak henti menyokong.
“Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi salah satu hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami. Malah untuk majlis ini pun ada tawaran menarik yang kami berikan,” katanya lagi.
Sementara itu, susulan sambutan baik yang diterima, PU Riz turut memberitahu mereka juga kini dalam perancangan untuk membuka cawangan kedua di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
“Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, insya-Allah. Pihak kami sedang usahakannya ke arah itu.
“Jadi doa-doakanlah hajat itu dimakbulkan memandangkan ramai juga orang Kelantan yang sukakan produk keluaran kami.
“Tambahan lagi kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah,” katanya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
@mediahiburanofficial Selebriti popular, Neelofa memilih untuk tidak lagi ulas panjang mengenai isu ‘jual ubat b***t’ seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini. Menurut Lofa, pihak nilofagroup sudah pun mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penggunaan grafik gambar yang mempunyai unsur lucah, sebagaimana yang didakwa sesetengah warganet #MHnews#MediaHiburan#FYP♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, Zulin Aziz juga berkebolehan dalam menulis lagu.
Mana tidaknya, lagu baru yang dihasilkan berjudul Jadikan Aku Yang Halal, berduet dengan Iqa Nasra telah membuatkan ramai tersentuh dan mengalirkan air mata.
Selain mimik muka Zulin yang penuh dengan emosi, lirik dan penghayatan lagu hasil sepenuhnya Zulin sendiri pastinya telah menjentik hati penonton.
MV itu juga turut menampilkan Aeril Zafrel sebagai hero yang telah ditonton lebih 50,000 kali selepas dimuat naik jam 9 malam tadi.
Video: Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!