Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasminya di pawagam selepas mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas sehari ia ditayangkan di seluruh negara.
Baik Punya Ah-Long arahan Datuk Afdlin Shauki menampilkan duo komedi terkenal, JOZAN iaitu Zizan Razak dan Johan yang memegang watak ‘ah long’, menjalankan perniagaan pinjaman wang dengan konsep perniagaan yang luar dari kebiasaan.
Menggunakan tagline ‘Semua Boleh Settle’, filem ini turut mempertaruhkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan para pelakon sendiri.
Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Allahyarham Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.
Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan.
Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale.
Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
@mediahiburanofficial Tak kering gusi bila dengar perkongsian salah seorang pelakon filem komedi terbaru, Baik Punya Ah Long yang bakal ditayangkan di pawagam pada 12 September depan. Selain Johan, turut sama terlibat di dalam filem arahan Datuk Afdlin Shauki ini ialah Zizan Razak, Liyana Jasmay, Chew Kin Wah, Allahyarham Adibah Noor, Afdlin Aman Ramli dan ramai lagi. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan