Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui tidak suka mengamalkan sikap boros ketika berbelanja.
Malah, ibu hamil ini juga amat berhati-hati dan menitikberatkan soal penggunaan wang ringgit.
Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri pada masa sama turut menambah, dia mengamalkan sikap berjimat-cermat sejak kanak-kanak lagi dan hanya mementingkan barang keperluan daripada kehendak.
“TAK SUKA ATTITUDE BOROS NIH! Mekwa ni sejenis berjaga2 on ‘spending money’, dari kecik x suke ngan attitude boros ni.
“Sebab dari kecik Mekwa tahu penat susah nak cari duit.. hehe.. That’s why Mekwa beli benda yang betul2 Mekwa perlukan kan je. Hehe #kawalhawanafsu.
“tu yang finally beli ipad sendiri. Nak buat notes senang laa lepas ni.. x de da masalah miss placed buku nota.. Kjap buku ni hilang buku yu hilang, notes pun hilang sedeyyyhh je.
“Now dah ade ipad so semua notes boleh simpan lam satu ipad. Hehe Thank you all yang support produk @mawarosehq,” tulis Mawar.
Sebagai informasi, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac 2019.
Pada Jun lalu, Mawar juga telah mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI