Selepas meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta jenis Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri, pelakon remaja, Qistina Raisah mengenang memori bersama kereta lama yang sering dipandu ibu yang juga pengurusnya, Roszana Aminuddin.
Menurut Qistina, hampir sedekad ibunya memandu kenderaan jenis Proton Exora itu, membawanya ke lokasi penggambaran sejak dulu sehingga kini.
“10 tahun ibu bawa Exora manual ni. Ibu pernah cakap ‘baby jangan malu tau naik Exora.’ Tapi saya tak pernah sekali pun malu saya naik Exora je sebab inilah kereta susah senang saya.
“Saya berjaya ke tahap ni dengan kereta Exora. Walaupun sekarang bukan Kereta mewah tapi saya bersyukur dan saya bangga.
“Umur 16 tahun saya boleh bayar kereta saya sendiri,” katanya menerusi hantaran terkini yang dimuat naiknya di Instagram.
Bintang ini pada masa sama turut menitipkan dedikasi kepada kedua orang tuanya atas pencapaian peribadi yang diraih pada usia muda.
“Terima kasih abah permudahkan urusan Qis beli kereta. Terima kasih ibu sentiasa sokong Qis,” tulisnya lagi.
Perkongsian berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 15,000 tanda suka di kalangan warganet dan disusuli dengan ratusan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semalam Aku Pula Temankan Anakku Untuk Proses Bercerai. Ya Allah…Lagi Kuat Dugaanmu,” – Datuk Red
Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red memaklumkan dirinya diuji dugaan kuat apabila semalam, dia telah menemani salah seorang anaknya untuk melakukan proses cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Difahamkan, perkahwinan anaknya, Aziera dilanda badai meski baru mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu.
“Masa ni aku lah org paling gembira dapat menikahkn ank ku sendri….dapat menantu.
“Tapi semalam aku pulak teman kn anakku tuk proses bercerai…ya Allah…lagi kuat dugaan Mu.aku dh tak terdaya nak hadapi ni semua…macam2 dugaan…,” tulisnya menerusi satu entri terkini di Instagram.
Memetik Gempak, anaknya seorang perahsia dan dia turut simpati atas nasib menimpa Aziera.
“Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya. Namun dia juga rapat dengan Datin Red,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, Aziera merupakan anak hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas isteri ketika berusia 20 tahun. Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan itu juga, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata berusia 20 tahun dan 15 tahun.
Sementara itu, pada 9 Oktober lalu, Datuk Red turut menjadi perhatian ramai apabila telah membantah permohonan cerai Adira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Hakim kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian berkenaan. Pasangan ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, keduanya dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baharu sahaja dilahirkan dua bulan lalu.
Foto: Instagram Datuk Red
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kesian Tengok Maids Makan Asing, Ada Yang Bilik Pun Takda,” – Tiz Zaqyah
Aktres, Tiz Zaqyah ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Menurut bintang Nur Kasih ini, dia sedih dengan cara layanan segelintir pihak terhadap pembantu rumah yang tidak adil.
Malah tulisnya lagi, setiap individu berhak mendapatkan layanan yang sama.
Treat everyone the same. Kesian tengok maids makan asing, kadang2 kena sorok2. Ada yang bilik pun takde, tidur kat lantai. Be reasonable with them. Tak salah makan sekali.
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin. -Tiz— TIZZY (@iamTizZaqyah) June 4, 2019
“Treat everyone the same. Kesian tengok maids makan asing, kadang2 kena sorok2. Ada yang bilik pun takde, tidur kat lantai.
“Be reasonable with them. Tak salah makan sekali. Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin,” tulis Tiz.
Dalam pada itu, tweet tersebut turut disertakan dengan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua pengikutnya.
Di ruangan komen pula, rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh pelakon tersebut.
Betul juga apa yang dikatakan oleh Tiz itu. Apa salahnya jika kita melayan pembantu rumah dengan lebih baik.
Akan tetapi tidak semuanya majikan sedemikian, ada yang turut meraikan hari jadi pembantu rumah sebagai tanda penghargaan, tak gitu?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Tunggu Saman Dari Saya,” – Cela, Hina Anak Perempuan Jasmin Hamid, Netizen Bully Cyber Berdepan Saman
Pelakon Jasmin Hamid menerusi Instagram ada memaklumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pengguna laman sosial yang memberi komen menghina terhadap anak perempuannya.
Malah, Jasmin juga telah membuat laporan polis atas isu berkenaan, termasuk mengeluarkan saman.
“MOHON JAGA LISAN.. ATAU AKAN DI BLOCK! Lebih PARAH jika di masukkan di dalam LIST SAMAN jika masih ada unsur MENGHASUT ATAU MENCELA!
“Kepada para NETIZEN BULLY CYBER yang telah MENCELA anak perempuan saya, boleh tunggu SAMAN dari saya,” tulisnya.
Malah, bintang senior ini turut menjelaskan, ada lebih 15 nama di daam lapiean polis yang dibuat.
“Ada LEBIH DARI 15 NAMA di dalam police report yang akan di ambil tindakan undang-undang di atas tindakan MENCELA yang tidak berasas di IG dan FB saya serta BLOG.. Segala butiran BULLY CYBER telah ada pada PIHAK POLIS!
“Saya sebagai seorang IBU sudah pasti akan melindungi anak-anak saya dan mohon hak perlindungan dari pihak berkuasa sebagai seorang WARGANEGARA MALAYSIA.
“INI JANJI SAYA KEPADA KEDUA ARWAH IBUBAPA SAYA DAN KEPADA ALLAH untuk menjaga keluarga hingga akhir hayat saya,” kongsinya.
Pada masa sama, Jasmin turut memberitahu sebelum ini dia hanya abaikan atau blok komen yang berbaur negatif. Uma kali ini dia mengambil keputusan untuk bertegas.
“Jika selama ini saya hanya abaikan dan block segala NEGATIVE COMMENTS tapi kali ini saya bertegas MENGAMBIL TINDAKAN kepada NETIZEN CYBER BULLY yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB serta AGRESIF melemparkan CELAAN kepada anak perempuan saya tanpa sebab yang munasabah.
“Adakah anda tidak merasa takut MENCELA ANAK YATIM?? Saya tak minta duit sesiapa pun untuk membesarkan anak saya. Mereka ni pun bukan SUPPORTERS saya! Pihak berkuasa sentiasa menunggu butiran CYBER BULLY yang masih ingin melemparkan CELAAN atau FITNAH di laman sosial saya untuk di ambil tindakan undang-undang!
“Saya harap tiada lagi nama -nama yang akan di tambah di dalam LIST CYBER BULLY ini selepas ini!,” kongsinya.
Mengharapkan laporan polis terhadap si pembuli siber ini boleh dijadikan iktibar, Jasmin turut mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong.
“Moga ini boleh di jadikan IKTIBAR buat para CYBER BULLY sebelum memberi sebarang komen yang ada unsur-unsur NEGATIVE di laman sosial sesiapa sahaja.
“TERIMA KASIH kepada supporters saya yang MENGIRIMKAN NEGATIVE COMMENTS untuk saya bawa ke pihak berkuasa dan pihak pengadilan.
“Terima kasih juga kepada supporters saya yang tidak henti-henti beri semangat dan doa buat saya dan keluarga saya.
“Jaga LISAN dan UCAPAN sebelum bertindak kerana semuanya akan DI HISAB walaupun di dalam hati! Kerana mulut, badan binasa!,” tulis Jasmin panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Sebelum ini tular gambar Jasmin bersama anak perempuannya itu menerusi media sosial dengan meninggalkan komen seperti mencela dan menyifatkan anak gadisnya kelihatan seperti pondan.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI