Bagi setiap insan yang bergelar ibu sudah pasti merasa gembira dan teruja apabila anak-anak sudah boleh bercakap walaupun hanya satu perkataan.
Menerusi entri terkini milik pelakon Mia Ahmad di Instagram, dia telah berkongsi momen anaknya yang sudah pandai bercakap.
Kongsi bintang drama bersiri Hati Perempuan ini, Isa kini sudah berusia 11 bulan dan sudah pandai menyebut perkataan ‘papa’.
“Johny johny yes papa by @sayf.issa #11monthsold,” tulisnya.
View this post on InstagramJohny johny yes papa by @sayf.issa #11monthsold
A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on
Selain itu, peminat turut berasa teruja apabila menonton rakaman video yang dikongsi oleh Mia.
Di samping itu, peminat turut memuji wajah Issa yang kelihatan semakin comel dan membesar dengan sihat.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Video : Instagram Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Tak Pernah Merasa Hidup Sebagai Isteri Yang Dimanjakan Dengan Hadiah,” – Anak Bagi Gelang Sempena Hari Lahir, Aishah Ariffin Sebak
Penyanyi senior, Aishah Ariffin terharu selepas menerima hadiah berupa barangan kemas daripada anaknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-57, baru-baru ini.
Menurut Aishah, sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah menerima atau dimanjakan dengan hadiah-hadiah.
Malah, penyanyi lagu, Janji Manismu ini turut memberi gambaran bahawa dirinya jugalah yang bertanggungjawab untuk menyara keluarganya selama ini.
“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Hahaha.
“Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas juara program Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Aishah tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak yang amat menyayangi dirinya.
“Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand. Buat mata mum dia masuk habuk.
“Tiga tahun lepas my fan club belikan Pandora yang rose gold this time dapat yang silver untuk casual wear pulak. I am blessed,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Aishah.
“Kak Aisyah wanita tabah dan istimewa.
“Alhamdulillah semoga murah rezeki Kak Aishah pada tahun 2022 ini.
“Very thoughtful son..Good boy. He would make a wonderful husband to some lucky girl someday.
“Anda wanita yang kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba. Terus kuat, cantik dan sihat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, pada November 2021, portal berita, BH Online melaporkan Aishah sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung bersama suaminya.
Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.
Hasil perkahwinannya sebelum ini, Aishah telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Armand Azhari, 29 dan Azhad Ahlami, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Sehingga Muntah Darah, Saya Sudah Tiada Harapan Untuk Hidup,” – Disyaki Hidap Kanser, Perut Keluar Lintah, Ini Perkongsian Awie
Memaklumkan suatu kisah yang cukup misteri, setiap butir bicara yang keluar daripada penyanyi senior, Awie cukup mistik.
Perut membusung, lintah keluar daripada perut dan bakal menemui ajal andai muntah darah, inilah realiti yang pernah dihadapi awal tahun lepas sehingga menjejaskan aktiviti kerjaya.
Kongsi vokalis Wings ini, saat yang paling kritikal pernah dihadapi sewaktu pulang daripada mengerjakan umrah apabila dia pengsan di rumah dan disyaki mengidap kanser.
“Sakit paling teruk adalah sewaktu pulang dari mengerjakan umrah sehinggakan doktor mengesyaki saya mengidap kanser tahap awal.
“Saya pengsan di rumah pada hari ketiga selepas pulang daripada umrah. Perut membusung dan belakang badan seperti dicucuk dengan keris. Saya tidak mampu melakukan apa-apa dan apabila merujuk kepada doktor, saya dikatakan mengidap slip disc, namun mustahil kerana saya telah meninggalkan angkat berat beberapa tahun lalu.
“Perut busung pula dikatakan kerana gastrik,” jelasnya.
Tidak habis disitu, sebaik sahaja melangkah keluar daripada hospital, tidak lama kemudian, kaki kirinya mula membengkak sehingga menyukarkan pergerakan. Walaupun doktor mengesahkan ia penyakit gout, namun pakar perubatan alternatif mengatakan sebaliknya.
“Selepas seminggu keluar hospital, kaki kiri saya membengkak selama sebulan. Dan doktor mengatakan saya ada gout. Saya telah berhabis berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan.
“Teman saya di Indonesia, Pulau Pinang dan Parit Buntar memeriksa secara batin dan ketiga-tiganya mengatakan perkara yang sama. Saya harus dapatkan rawatan dalam masa 20 hari di Indonesia, namun jika sehingga muntah darah, saya sudah tiada harapan untuk hidup,” katanya.
Detik yang cukup menggerunkan apabila hasil daripada kaedah rawatan kuno yang dilakukan di Indonesia, tiga ekor lintah keluar daripada perut.
“Proses rawatan di sana menggunakan kaedah kuno di mana saya dibaringkan dan di sisi saya terdapat beberapa lelaki sedang berwirid. Tiga ekor lintah keluar daripada perut dan syukur saya kembali sembuh,” tambahnya lagi.
Walau bagaimanapun, kisah malangnya tidak tamat di situ. Sakit misteri datang menyerang sekembalinya dia ke Malaysia.
“Namun kaki kiri kembali sakit apabila mahu pulang ke Malaysia. Saya juga tidak mampu melihat sewaktu menjejakkan kaki di lapangan terbang Malaysia. Dan saya dimasukkan ke hospital semula.
“Waktu itu doktor menjalankan rawatan endoskopi dan melihat ada tanda-tanda kanser. Keadaan itu menyebabkan doktor pakar terus datang dan melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya. Sel tersebut dihantar ke Melbourne bagi tujuan pengesahan,” katanya.
Awie yang ditemui pada majlis Sidang Media Konsert Romantika yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur mengakui reda andai kanser yang ditakdirkan untuknya.
“Pada mulanya doktor enggan mendedahkan penyakit sebenar namun selepas dipaksa, dia akur. Jika benar kanser, saya reda.
“Saya tahu kekuatan diri dan stamina yang ada, jadi andai saya mengidap penyakit yang serius, stamina akan jatuh. Namun itu tidak berlaku kepada diri saya.
“Hati kecil menidakkan sakit kanser tersebut. Doktor turut memberi tiga suntikan untuk menghilangkan kesakitan gout, namun masih tidak sembuh. Selepas beberapa hari, saya mendapat keputusan makmal mengenai sel yang dihantar ke Melbourne dan syukur ia bukan kanser,” jelasnya kepada media.
Bagaimanapun, katanya, dia berdoa semoga keadaan kesihatannya juga baik untuk menjayakan konsert Romantika pada 15 Februari tahun depan.
Konsert Romantika Awie yang meraikan ulang tahun ke-25 pembabitannya sebagai artis solo bakal berlangsung jam 8 malam di Stadium Malawati Shah Alam.
Tiket konsert berharga daripada RM88 hingga RM438. Keterangan tiket layari www.myticket.asia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sampai Hari Ini, Rasa Bersalah…,” – Mohon Maaf Sebab Lambat 2 Jam, Hafrezz Adam Dedah Sikap Azar Azmi Di Set Penggambaran
Pelakon Azar Azmi mendedahkan, dia pernah lambat hampir dua jam ke sesi penggambaran drama terkini lakonannya berjudul Derita Untuk Bahagia.
Menurut Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, insiden tersebut berlaku oleh kerana dia terbangun lewat gara-gara dirinya terlalu letih.
Bagaimanapun, pelakon berusia 32 tahun ini mengakui kesilapan dirinya lalu memohon maaf kepada produksi terutamanya rakan pelakon, Hafreez Adam yang turut menjadi bintang utama menerusi drama bersiri terbabit.
“Sepanjang menjalani pengambaran drama ini, ada sekali saya mengaku, terlalu letih sekali gus membuatkan saya datang lewat ke set penggambaran.
“Sampai ke hari ini, saya rasa bersalah sangat terutama sekali dengan Hafreez. Saya mengaku kesilapan yang telah berlaku.
“Jadi saya mengambil peluang memohon maaf kepadanya dan alhamdulillah semuanya berjalan seperti biasa,” katanya.
Azar yang juga finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini mendedahkan perkara tersebut menerusi sesi bersama media yang dilakukan secara virtual, pada Selasa.
Sementara itu, Hafreez pula menyifatkan gandingannya itu sebagai pelakon yang komited serta berdeikasi meski pernah datang lambat ke set pengambaran kerana hal yang tidak dapat dielakkan.
“Pengalaman saya berkerja dengan Azar, dia sangat senang sebab dia memberi kerjasama yang baik. Saling membantu antara satu sama lain.
“Bukan itu sahaja, untuk mendapat keserasian dengan Azar sangat mudah meski kami digandingkan buat kali pertama.
“Seorang yang fokus meski dia sibuk uruskan perniagaan pada waktu yang sama. Jadi pada saya Azar ni seorang yang sangat berdedikasi dan komited,” kata Hafrezz.
Drama Derita Untuk Bahagia arahan Ejump Mohd terbitan oleh produksi MIG Productions Sdn Bhd. ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Amar Baharin, Jasmin Hamid, Marisa Yasmin, Dayang Areeda dan ramai lagi.
Drama ini bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di saluran Astro Prima, mulai 7 Jun dan boleh boleh distrim di platform On Demand dan aplikasi Astro Go.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI